“Satu dunia bersedih..” -Penyampai berita men4ngis teresak-esak, gagal tahan air mata ketika lapor kisah Rayan

SEORANG penyampai berita gagal menahan seb4k ketika membaca laporan mengenai kes kanak-kanak Maghribi, Rayyan Awram yang terperangkap dalam perigi sedalam 32 meter.

Personaliti televisyen itu dilihat men4ngis teresak-esak gara-gara terlalu hiba dengan laporan berkenaan.

Sedutan video mengenai penyampai wanita itu turut dikongsi ke aplikasi TikTok sehingga meraih 2.9 juta tontonan.

Terdahulu pada Ahad pagi, Istana Diraja Maghribi mengesahkan kanak-kanak berusia lima tahun itu telah meningg4l dunia.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Raja Maghribi, Raja Mohammed VI membuat panggilan telefon kepada ibu bapa Rayan, Khaled Awram dan Wassima Khersheesh, untuk mengucapkan takziah kepada keluarga atas kem4tian tr4gis kanak-kanak tersebut, kata pihak istana dalam satu kenyataan.

rayan6

Istana Diraja Maghribi pada Ahad pagi mengesahkan kanak-kanak berusia lima tahun itu telah meningg4l dunia.

Rayan terperangkap dalam perigi berhampiran rumahnya di kampung kecil Ighrane, kira-kira 125 batu dari bandar Chefchaouen, sejak petang Selasa.

Pasukan penyelamat berusaha tanpa henti bagi menyelamatkannya termasuk membawa masuk jentolak untuk menggali tanah yang membolehkan mereka memasuki ke dalam untuk menyelamatkan kanak-kanak malang itu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press

Sumber : mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *