4 tahun terpisah gara-gara COVlD19, anak minta izin ibu nak salam bapa baru pulang dari Australia

SEJAK kerajaan membuka pintu sempadan negara secara selamat penghujung tahun lalu, kita dapat menyaksikan perkongsian warganet mengenai momen pertemuan mereka dengan insan tersayang yang terpisah gara-gara Cov1d-19.

Begitu juga pasangan ini yang akhirnya bersatu kembali selepas empat tahun menjalani perhubungan jarak jauh (PJJ) apabila si suami merantau mencari rezeki di bumi Australia.

Tempoh selama empat tahun ternyata bukan satu jangka masa yang pendek, namun pasangan ini sabar menghitung detik sehinggalah tibanya tanggal 21 Januari lalu apabila si suami selamat tiba di tanah air.

Lebih manis, pasangan ini bersepakat untuk membuat kejutan kepada anak tunggal mereka yang terlalu merindui bapa kesayangannya.

Berkongsi cerita dengan mStar, wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Nana berkata, suaminya, Amin, 29, mula bekerja di negara kanggaru tersebut bermula Februari 2018.

“Pada Februari 2018, saya sekeluarga menghantar suami sambil bercuti untuk menyambut hari ulangtahun perkahwinan kami di Sydney, Australia.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

“Suami saya berkerja di salah sebuah kilang dan membuat kerja part time sebagai penghantar makanan (Uberfood) di sana.

“Pada tahun 2019, saya dan anak tunggal kami, Adam, bercadang untuk tinggal di sana tapi atas masalah peribadi yang tidak dapat dielakkan, belum ada rezeki untuk tinggal bersama.

Nana dan suaminya berpakat untuk membuat kejutan buat anak tunggal mereka ketika lelaki itu tiba di tanah air 21 Januari lalu.

“Sepatutnya rancangan suami hanya nak mencari rezeki dua tahun sahaja di sana tapi disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), jadi terpaksa tangguh untuk pulang ke Malaysia. Adam pada waktu itu berumur 3 tahun dan itu kali terakhir kami berjumpa sebelum terpisah lama,” ujar wanita berusia 29 tahun ini.

Nana mengakui dia berdepan dengan cabaran yang bukan calang-calang sepanjang menjalani hubungan PJJ dengan suami, tambahan pula dia bersendirian membesarkan anak mereka yang masih kecil.

“Membesarkan anak seorang diri tanpa suami agak mencabar pada tahun pertama dan kedua.

“Saya masih ingat ketika nak beli baju raya, stroller anak tertinggal dan bayangkan masa itu Adam tengah lasak. Menangis saya berkejaran di mall sebab rasa struggle sangat masa tu.

“Tapi bila anak dah besar sikit, Alhamdulillah dia mula faham dan pandai berdikari.

LDR 2

Foto yang dirakam pada 2018 apabila Nana dan keluarganya ke Australia.

“Syukur, saya dikelilingi keluarga dan sahabat yang banyak membantu. Saya tinggal bersama keluarga jadi mereka memberi kekuatan untuk saya dan anak. Namun setiap kali tiba raya memang sangat terasa bila tiada suami di sisi,” ujarnya yang menetap di Seremban, Negeri Sembilan.

Menggunakan teknologi yang tersedia, mereka tiga beranak akan berhubung menerusi panggilan video saban hari bagi mengubati rindu yang terbuku di dada.

“Suami tanpa gagal akan video call sekurang-kurangnya dua jam sebelum tidur. Saya juga selalu berpesan kepada Adam, ‘Abie dekat sana kerja jauh-jauh sebab nak cari duit’.

“Kadang kalau saya yang menangis sebab rindu, dia pula yang tenangkan sama macam saya pesan padanya. Adam seorang anak yang sangat baik.

Rancangan seterusnya InsyaAllah kalau ada rezeki suami bercadang nak buka bisnes kecil kecilan dahulu.

NANA

“Dia seolah-olah sangat faham dengan keadaan. Selama empat tahun, dia sangat berdikari dan senang dijaga ketika Abie tiada. Dia ada bapa saudaranya yang layan Adam macam anak sendiri,” ujarnya yang merupakan pekerja sektor swasta.

Ibu kepada seorang cahaya mata ini menambah, mereka suami isteri berpakat untuk merahsiakan kepulangan suaminya ke tanah air bagi membuat kejutan istimewa untuk anak tunggal mereka.

“Suami memang plan untuk surprise Adam dan family kami semua, jadi tiket dah beli dua bulan lebih awal.

“Sejam menunggu di airport, saya suruh Adam jalan sebab nak cari donat. Kalau tengok video, dia sangat keliru bila Abie dia nak salam sebab dia cakap ‘Adam takut Covid’ sebab dia pernah positif Covid-19 pada tahun lepas.

LDR 3

Empat tahun di perantauan, kepulangan suami Nana bulan lalu begitu bermakna kerana dia memutuskan untuk terus menetap di Malaysia

“Itu yang dia agak takut nak bersalaman sehingga saya benarkan,” ceritanya sambil menambah, suaminya akan menetap dan bekerja di Malaysia selepas ini.

Bercerita lebih lanjut, Nana berkata mereka sekeluarga menganjurkan doa selamat serta kenduri khatam mengaji al-Quran untuk Adam sebaik sahaja suaminya selesai menjalani kuarantin.

“Rancangan seterusnya InsyaAllah kalau ada rezeki suami bercadang nak buka bisnes kecil kecilan dahulu.

“Buat pasangan yang juga PJJ, berdoa kepada Allah supaya kuatkan semangat selalu. Ingat semula niat asal InsyaAllah dipermudahkan semua urusan. Dan selalu bertimbang rasa serta bertolak ansur bila duduk berjauhan,” katanya lagi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press

Sumber : mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published.