“COVlD t4kut, mencuri tak t4kut..” –Pekerja DIY wanita berani t4han lelaki disyaki cvri 3 botol sanitizer

Tular di media sosial sejak semalam video rakaman orang awam yang menunjukkan seorang wanita dipercayai pekerja premis Mr DIY, menahan seorang lelaki yang disyaki mencuri barangan berupakan produk sanitizer.

Berdasarkan video berdurasi 3 minit 26 saat itu di sebuah pusat beli-belah yang tidak dinyatakan lokasinya, lelaki terbabit menegaskan dia telah membayar tiga barangan itu dan menafikan tuduhan kononnya dia mencuri. Tetapi apabila pekerja berkenaan meminta dia mengemukakan bukti resit pembelian, dia gagal berbuat demikian.

Sedar akan dirinya tidak mampu menafikan tuduhan itu, lelaki terbabit hanya mendiamkan diri dan menyerahkan kembali tiga botol sanitizer tersebut. Dalam masa yang sama, pekerja wanita itu menjelaskan dia tidak berniat meninggikan suara dan hanya sekadar menjalankan tanggungjawab sebagai pekerja untuk menghalang kecurian berlaku di tempat kerjanya.

Seketika kemudian, seorang lelaki dipercayai pengawal keselamatan pusat beli belah datang untuk mententeramkan keadaan. Malangnya lelaki itu mengambil peluang untuk mengatakan dirinya tidak bersalah dan meninggikan suara terhadap pekerja berkenaan.

Berang dengan tindakan ‘pengecut’ lelaki itu, pekerja berkenaan meninggikan suaranya dan menegaskan lelaki itu tidak mempunyai resit pembelian untuk tiga botol sanitizer yang diambil dari premis Mr DIY.

Tidak diketahui apa yang berlaku seterusnya, tetapi di media sosial netizen kagum dan memuji keberaniannya berdepan dengan pencuri. Malah netizen berharap, pihak majikan memberi ganjaran kepada wanita itu yang sanggup mempertahankan pekerja di bawah seliaannya daripada dipotong gaji atas sebab kehilangan barangan akibat dicuri.

“Bagus akak ni….die pertahankan anak2 buah die dari di potong gaji…..bagus….terbaik kak…malu belakang cite kak…..akak dh bukti kn akak pkeje contoh……ank2 buah kena bgga korang dpt y mcm ni…klu x….shiff y jaga ad 10org….semua kena potong gaji….”

“La tu pon nak curi ke, aduhai nampak mcm berduit x sangka rembat barang, ko start speaking pua chu kang singapore, lastly akak tu speaking english british senyap terus ko nak reply terkedu2.., apa ingat orang bertudung ni x tahu speak english ke, jom la try speak dgn aku aku pakai english made in mexico tgk ko terkedu x x kan nk lepas mcm tu je, peganglah panggil polis tangkap, seksyen 380 dah tu “

“Kalau betui dia xcuri, mesti mati2 dia pertahanan kan benda tu…ni dah kena maki ,dan2 pulangkan…nampak nau la salah…..btw…#respek akak ni…sebijik mcm aku,klu maghah terus speaking  semoga dipermudahkan segala urusan akak nih…..”

MR DIY buka 35 cawangan baharu di tujuh negeri

Dalam perkembangan lain, MR DIY Group (M) Bhd (MR DIY) akan lebih mudah diakses oleh rakyat Malaysia bermula Oktober ini apabila 35 cawangan baharu dibuka di tujuh negeri menjadikan jumlah cawangan di seluruh sebanyak 830 cawangan.

MR DIY dalam satu kenyataan hari ini berkata cawangan-cawangan terbabit terdiri daripada 14 cawangan MR DIY, tiga cawangan MR DIY Express, enam cawangan MR TOY dan 12 cawangan MR DOLLAR.

Naib Presiden Pemasaran MR DIY, Andy Chin, berkata 35 cawangan baharu itu akan membolehkan lebih ramai pelanggan mengakses MR DIY dengan lebih mudah dan terus memacu pertumbuhan perniagaan syarikat itu.

“Kami sedar corak pembelian telah berubah, pengguna memilih untuk pergi ke kedai yang berhampiran dengan mereka dan mahukan kedai yang memenuhi keperluan mereka untuk pelbagai jenis produk.

“MR DIY dapat memenuhi keperluan itu memandangkan kami mempunyai 830 buah cawangan dan hampir 20,000 jenis produk

“Dalam pada itu, MR DIY Express adalah format kedai baharu kami yang direka khas untuk lokasi yang berkepadatan tinggi dan komuniti luar bandar,” katanya.

Bersaiz antara 2,000 hingga 3,000 kaki persegi, kedai MR DIY dilengkapi dengan pelbagai barangan keperluan yang diperlukan oleh komuniti di kawasan tersebut

“Kami menggunakan analisis data yang teliti untuk mengenal pasti trend pembelian di lokasi-lokasi berbeza kemudian mengisi stok yang sesuai di cawangan tersebut untuk memastikan pelanggan berpuas hati dengan format peruncitan moden kami yang relevan dan bermanfaat.”

Selain itu, Chin berkata ‘Grand Opening Event’ (GOE) akan dilancarkan tahun ini, dijalankan pada dua hujung minggu pertama bulan Oktober di cawangan-cawangan baharu terbabit.

Ini kali keempat MR DIY menjalankan kempen tahunan itu.

Bersempena GOE tahun ini, MR DIY akan memberi sebanyal 41,000 hadiah percuma bernilai lebih RM1.2 juta kepada pelanggan terawal di setiap cawangan baharu itu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published.