Mahligai Dibina Hampir 4 Tahun Terlerai, Shila Amzah Sah Bercer4i

Hampir empat tahun bergelar suami isteri, mahligai yang dibina oleh penyanyi, Shila Amzah bersama suaminya, Haris Idraki Elias terlerai jua.

Berkongsi berita itu di Instagram, Shila meluahkan rasa syukur dan lega apabila kes perceraian mereka akhirnya selesai namun memilih untuk terus mengunci mulut punca yang perpisahan itu.

Kata penyanyi yang mencipta nama di negara China itu, dia perlu meneruskan kehidupan dan melakukan yang terbaik demi masa hadapan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Shila Amzah (@shahilaamzah)

“Semua orang berkahwin untuk mencari kebahagiaan. Tiada yang berkahwin untuk cerai dan berpisah.

“Apa saja kemungkinan atau kemudaratan yang berlaku pada diri kita pasti ada hikmah,” katanya.

Terdahulu, pada Disember lalu, Shila mengejutkan ramai pihak apabila membuat pendedahan sudah dua bulan tidak tinggal sebumbung dengan suaminya dan sudah menfailkan perceraian.

Kemelut berterusan apabila Shila mendakwa Haris enggan keluar dari rumah miliknya.

Shila dan Haris diijabkabulkan pada 19 April 2018. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Seth Uwais yang kini berusia dua tahun lima bulan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : CARI

Leave a Reply

Your email address will not be published.