“Nanti I Katuk Pakai Kayu,” -Nora Danish Buat Video Tiktok, Nedim Pesan Jangan Ayu-Ayu Sangat

Nora Danish dilihat kerap memuatnaik posting di platform Instagram dan Tiktok. Ada sahaja content menarik yang dikongsikan olehnya. 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by naOradaishi (@noradanish)

Baru-baru ini, Nora Danish berkongsikan video di platform Instagram. Kelihatan Nora memakai tudung bersama dua wanita yang menari mengikut rentak lagu bertajuk Gadis dan Bunga yang merupakan sebuah lagu nyanyian Rahimah Rahim. Gelagat mereka bertiga telah menyebabkan ramai peminat terhibur. 

Yang menarik perhatian adalah bila suaminya, Nedim Nazri Aziz yang sempat menyelit di bahagian ruangan komen. 

“Jangan ayu-ayu sangat, nanti I katok pakai kayu’

Ramai yang tertanya-tanya adakah Nedim sedang ‘jeles’ kerana tidak mahu kumbang lain berlegar-legar berdekatan bunga kesayangannya.

Jarang sekali kita lihat Nedim muncul di ruangan komen posting Nora Danish. Rata-rata netizen membalas komen Nedim dan ada yang mengatakan Nedim garang sehingga mahu ‘katuk’ Nora. Pastinya dia sekadar bergurau untuk menyakat Nora Danish. 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://b.cari.com.my/

Leave a Reply

Your email address will not be published.