“Tlba-Tiba Rapat, Mula Naik Kapal Mewah, Jet Lepastu Dapat Angpow..” -Netizen Petikaikan Hubungan Hairul Azreen & Jutawan Vincent Tan

Tindakan pelakon Hairul Azreen memuat naik gambar bersama jutawan terkenal, Tan Sri Vincent Tan di laman Instagram sekali lagi menarik perhatian warganet untuk memberikan komen.

Menerusi posting dikongsi, pelakon berusia 34 tahun itu dilihat menerima kepingan sampul duit sempena Tahun Baru Cina di pejabat milik ahli perniagaan tersebut di Berjaya Corporation Berhad.

“Yeah dapat duit raya”

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by HAIRUL AZREEN IDRIS (@hairulazreen)

Sebelum ini, pelakon filem Paskal itu dan ahli keluarganya pernah dua kali bertemu dengan tokoh korporat berkenaan apabila dijemput menaiki kapal layar serta jet peribadi mewah dalam percutian impian.

Sekali lagi dijemput naik jet peribadi

Beliau ajak naik kapal layar

Gambar tersebut dikongsi semula oleh kami di laman Facebook sekali gus mengundang pelbagai reaksi warganet yang rata-rata mempersoalkan hubungan rapat Hairul dengan individu antara terkaya di Malaysia itu.

Apa kaitan?

Bertanya-tanya, rapat betul?

Ada ‘job’ ke?

Tiba-tiba pelakon rapat dengan hartawan?

Bagaimanapun, terdapat juga segelintir warganet menyifatkan suami kepada pelakon Hanis Zalikha itu bertuah selain rezeki dapat mengenali orang ternama dengan lebih rapat.

Rezeki dia & keluarga…

Bertuah sungguh!

Suka sungguh beliau terhadap Hairul

Hairul dan Hanis mendirikan rumah tangga pada Jun 2015 dan dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Yusuf Iskandar, 5, dan Alisa Aisyah yang kini berusia tiga tahun.

Sumber : OMM

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press

Sumber : https://transformasi.pw

Leave a Reply

Your email address will not be published.