“Agak Agak Lah, Carilah Watak Tua Sikit” – Netizen Terkejut Maria Farida Bawa Watak Ibu Kepada Aaron Aziz

Drama bersiri Suamiku Lelaki Pendos4 baru sahaja bermula tayangan pada 9 Februari lepas di slot Samarinda, TV3 menggantikan Kau Cipta Kasih.

Ia mengisahkan tentang Dean Ilyas yang dilakonkan oleh Datuk Aaron Aziz yang nampak sempurna namun sebenarnya cenderung kepada hom0s3ksual atau hvbungan sej3nis.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Aaron Aziz (@aarondwiaziz)

Dean cuba berubah dengan bantuan dan sokongan daripada isterinya, Cahaya Malaika (Sophia Albarakbah) namun pelbagai dugaan datang selepas perkahwinan mereka.

Cahaya dipergunakan oleh ibu Dean, Datin Junaidah (Maria Farida) untuk menyelamatkan m4ruah keluarga dan eg0nya namun sejarah hit4m Dean yang disimpan rapi akhirnya terbongk4r.

Baru bersiaran dengan dua episod, netizen mula memberikan komen dan respon mereka terhadap drama bersiri itu.

Bukan jalan cerita yang menjadi perhatian, namun ada yang meluahkan pendapat bahawa Maria Farida tidak sesuai menjadi ibu kepada pelakon utama, Aaron Aziz.

Menerusi satu forum, seorang individu akui terkejut kerana pada awalnya dia menyangka dua pelakon itu membawa watak suami isteri.

Menurut mereka, pihak produksi seharusnya memilih pelakon yang lebih berusia untuk membawakan watak ibu kepada Dean Ilyas.

Melalui ruangan komen, beberapa individu dilihat bersetuju dengan pendapatnya dan berkata Aaron Aziz sudah tidak lagi sesuai membawa watak hero.

Menurut seorang individu, Aaron kini lebih sesuai membawa watak sebagai bapa kerana ia lebih sesuai dengan umurnya.

Sekadar info, Aaron Aziz berusia 45 tahun dan Maria Farida pula kini sudah menginjak usia 52 tahun. Lebih sesuai jika mereka membawa watak adik beradik atau pasangan suami isteri.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press

Sumber: beautifulnara

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *