“Rasulullah ikut kanan, Tok Guru ikut kiri…” -Pemuda ini bagi penjelasan maksud sebenar Ustaz Muhaizad

Makin hangat perbahasan di media sosial mengenai isu yang berpunca daripada petikan ucapan yang di buat oleh Ustaz Muhaizad tentang Rasulullah SAW.

Menerusi video pendek yang dikongsikan di media sosial Ustaz Muhaizad yang merupakan seorang penceramah bebas berkata sekiranya Rasulullah ikut kanan, Tok Guru ikut kiri beliau akan mengikuti Tok Guru.

Kenyataan tersebut seolah bola tanggung daripada penceramah kelahiran Pantai Cahaya Bulan Kota Bharu itu kepada mereka yang tidak sependapat untuk menyerang beliau.

Antara yang lantang mengkritik ialah Dr. Rozaimi Ramle atau lebih dikenali dengan panggilan Rora. Beliau merupakan seorang pensyarah di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan mempunyai PHD dalam bidang hadis dari University of Jordan.

Menurut Dr. Rozaimi, Ustaz Muhaizad tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sebegitu. Kerana sudah jelas dalam Al-Quran dan dalam hadis sebagai umat islam kita wajib mentaati apa yang disuruh oleh Rasulullah SAW.

Susulan itu Ustaz Muhaizad mengeluarkan kenyataan terbaharu dengan menjelaskan apa sebenarnya yang ingin disampaikan beliau. Menurut Ustaz Muhaizad lagi, video ucapan beliau yang diambil sebahagian sahaja itu telah mengelirukan orang ramai.

Menurut Ustaz Muhaizad, bukan semua yang dilakukan dan diucapkan oleh Rasulullah dapat dihadam oleh kita, tetapi ia boleh difahami dengan baik oleh Tok Guru kita yang lebih tinggi ilmunya dari kita. Oleh itu walaupun Rasulullah SAW ke kanan tetapi Tok Guru ke kiri beliau akan ke kiri.

Terbaru, ada juga seorang pengguna tiktok yang tolong bagi penerangan tentang video ustaz Muhaizad yang tular itu.

Video

@almahiraja sebenarnya kata2 ustaz muhaizad ni kalau dengaq full memang akan faham dah #almahiraja #dakwahbiarsampai #usrahdbs #ahlisunnahwaljamaah ♬ original sound – Raja Muhd Al-Mahi 👳🏻‍ ✌🏻

Isu ini mengundang perbalahan dan perdebatan di media sosial di antara pengikut Ustaz Muhaizad dan orang orang yang tidak bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Ustaz Muhaizad tersebut.

Kalau difahami apa sebenarnya yang ingin disampaikan oleh Ustaz Muhaizad memang ada kebenarannya. Memang betul setiap apa yang diucapkan oleh Rasulullah hatta setiap ayat dari Al-Quran sekalipun memerlukan tafsiran dari para ulama yang hebat untuk kita memahami maksud sebenar ayat tersebut.

Semoga isu ini tidak berpanjangan, kerana perbalahan antara ahli agamawan boleh merosakkan imej islam serta menimbulkan perpec4han di kalangan umat islam di negara ini.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press

Sumber : tiktok

Leave a Reply

Your email address will not be published.