[VIDEO] Puteri Balqis Mohon Maaf, Harap Mia Sara Tidak Ulangi Perbuatan Yang Sama

Perselisihan faham diantara dua pelakon remaja akhirnya berakhir apabila Puteri Balqis tampil memohon maaf secara terbuka kepada Mia Sara.

Balqis Mohon Maaf 

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Puteri Balqis Ashikin (@morosechild)

Menerusi sebuah video yang dimuatnaik Balqis atau nama sebenarnya Puteri Balqis Azizi, 15 di laman Instagram pada malam Khamis, dia ingin memohon maaf kepada Mia dan keluarganya atas kenyataan balas yang dikeluarkannya sebelum ini. Malah, pelakon yang mesra disapa sebagai Aqish itu turut memohon maaf kepada peminat dan penyokong Mia.

“Hello kakak saya, Mia Sara ini adalah saya Puteri Balqis. Jauh dari dalam lubuk hati saya ingin memohon maaf kepada awak, Mia Sara dan saya memohon maaf seikhlas hati kepada bapa awak, Pakcik Ridzuan dan saya juga memohon maaf seikhlas hati kepada semua peminat dan penyokong awak” ujar Balqis

Menurut Balqis, dia akui terasa hati apabila Mia memberi komen secara terbuka mengenainya apatah lagi berbaur fitnah apabila mendakwa dia tidak dibesarkan dengan baik oleh keluarga. Jelas Pelakon Wanita Terbaik (Drama) di Anugerah Televisyen Asia 2014 itu, dia yang dibesarkan oleh ibunya hanya membuat perihal mereka sekeluarga sejak dahulu lagi dan mempunyai cara tersendiri dalam mengingati agama Islam khususnya kepada Tuhan.

“Aqish dan ibu buat hal kami sendiri dan kami tidak kacau orang jadi saya terasa bila ada orang komen secara terbuka mengenai saya tidak dibesarkan dengan baik oleh keluarga saya. Itu adalah satu fitnah yang besar dan bila awak kata saya tidak dibesarkan dengan baik oleh keluarga itu adalah ibu saya sendiri. Saya tidak tunjukkan rasa kasih saya kepada Tuhan melalui gambar tetapi saya tunjukkan sayangnya saya kepada Tuhan menerusi puisi. Saya turut tunjukkannya melalui penulisan dan tidak ramai orang yang bertanyakan perihal itu” katanya

Rayu Mia Tidak Ulangi Kesilapan Yang Sama 

Dalam pada itu, Balqis berharap agar rakan seperjuangannnya itu tidak lagi mengulangi kesilapan yang sama dan berkesempatan menitipkan pesanan buat penyokongnya.

“Saya hanya berkata ini sekali dan hanya akan sekali mengatakannya. Tolong jangan ulang atas apa yang awak sudah lakukan kepada saya dan saya harap kita dapat meneruskan semula kehidupan masing-masing, terima kasih.

“Dan kepada semua penyokong saya,apa yang boleh saya katakan? anda sangat baik, anda bertindak untuk berdiamkan diri dan memberi penuh kasih sayang terima kasih untuk itu. Dan ini kepada anda semua, biarlah orang menghukum, biarlah orang membuat tanggapan buruk terhadap anda tiada apa yang perlu dibuktikan. Teruskan berbuat baik. Terima kasih” katanya lagi

Terdahulu, Murai.my melaporkan kedua-dua pelakon itu mempunyai perselisihan faham berikutan Mia memberikan pendapat mengenai soalan yang diajukan oleh seorang netizen mengenai Balqis.

Komen Mia, dia berpendapat tidak semua orang dibesarkan dengan keluarga yang beragama dan tidak perlu menyalahkan Balqis.

Balqis yang kecewa dengan dakwaan tersebut tampil dengan kenyataan menempelak Mia kerana bersikap sedemikian.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press

Sumber : muraimy

Leave a Reply

Your email address will not be published.