“Kamu Tak Ada Apa Jika Bukan Kerana Berkat Doa Ibu Bapa..” –Mas Khan Belanja Ibu & Dua Sahabat Baik Pergi Umrah

Pelakon Mas Khan memanjatkan kesyukuran apabila dapat mengeluarkan sejumlah wang bagi menaja ibu dan dua orang lagi kawan baik ibunya mengerjakan ibadah umrah pada bulan Mac ini.

Menerusi ruangan IG Story, Mas atau nama sebenarnya Mas Hidzir Khan, 28, berkongsi perbualan dia bersama ibunya melalui aplikasi WhatsApp tentang cadangan mengerjakan umrah tersebut.

Maklum ibu Mas, Meliza Hanafi, dia mahu mengerjakan ibadah umrah bersama dua lagi sahabat ibunya dan sedang memilih pakej-pakej ibadah yang tersedia.

 

Tambah Mas, dia memang sudah berniat untuk menghantar ibunya mengerjakan ibadah umrah.

“Allahuakbar, happynya aku tengok gambar ni. Happynya tengok mama dapat buat umrah dengan kawan baik dia. Kawan sekolah dia ni tau.

“Ingatlah kawan-kawan, keberkatan rezeki dalam hidup kita bergantung kepada berapa banyak kita gembirakan hati ibu kita.

“Janganlah kamu fikir kamu berjaya hari ini kerana hebatnya diri kamu, sebenarnya kamu tidak ada apa-apa jika bukan kerana berkat doa ibu dan bapa,” tulisnya.

 

Tahun lalu, hasil berkat doa ibunya, Mas berjaya memiliki sebuah kereta mewah jenama Porsche yang dianggarkan bernilai lebih setengah juta ringgit Malaysia.

Pelakon Abang Long Fadil 2 itu tetap berpegang pada prinsipnya bahawa rezeki yang dikurniakan itu adalah berkat membahagiakan orang tua terutama ibunya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: Gempak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *