PM umum tiada sekatan buka bazar Ramadan tahun ini, SOP akan diumumkan nanti

TIADA sekatan dikenakan ke atas aktiviti ekonomi termasuk bazar Ramadan tahun ini, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata prosedur operasi standard (SOP) bazar itu akan diperhalusi dan diumumkan kemudian.

“Kami tidak akan tutup mana-mana perniagaan sama ada raya, bulan puasa, pasar Ramadan, pasar malam, ia tetap dibuka seperti biasa,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Makan Tengah Hari Lou Sang Keluarga Malaysia Tahun Baharu Cina di Kuala Lumpur pada Ahad.

Awal bulan ini, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata bazar Ramadan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan akan dibenarkan beroperasi tahun ini mengikut prosedur operasi standard (SOP) sedia ada.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press

Sumber : mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *