Sambut Hari Lahir Isteri, Haqiem Rusly Tabur Bunga Ros & Sedia Makan Malam Romantik

Penyanyi Haqiem Rusly dan isteri, Anis Sofea sentiasa menjadi tumpuan dalam gelanggang media sosial.

Makan malam romantik

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by 𝒂𝒏𝒊𝒔 𝒔𝒐𝒇𝒆𝒂 (@anissofeaaz)

Pada 11 Februari lalu, Anis baru menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-20. Memilih untuk meraikan dalam suasana sederhana, Haqiem, 24, membuat kejutan romantik kepada isteri tercinta.

Gigih menyiapkan dekorasi, Haqiem menabur putik bunga ros dengan tertera ayat ‘I love you Sofea’. Sedondon mengenakan busana berwarna hitam, pasangan suami isteri muda itu makan malam dengan ditemani cahaya lilin.

Tukar plan

Dalam pada itu, Haqiem dan Anis sempat melayan peminat di siaran IG Live. Menurut pelantun lagu Tergantung Sepi, perancangan asalnya ingin membawa Anis makan di sebuah lokasi di Damansara namun tidak didedahkan nama tempat tersebut.

Terdahulu, Haqiem dan Anis mendirikan rumah tangga pada 19 November lalu di Masjid Raja Haji Fi Sabillah, Cyberjaya.

Perkahwinan pasangan itu mencatat rekod untuk tahun 2021 apabila difahamkan, nilai keseluruhan majlis perkahwinan dianggarkan bernilai lebih RM7 juta.

Sumber: Instagram @haqiemrusli98_

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press

Sumber : obulan

Leave a Reply

Your email address will not be published.