‘Itu Z4kar Dia La’- Aaron Aziz Kongsi Mesej Bersama Isteri Cuit Hati Netizen

Pelakon verstail dan berbakat besar, Aaron Aziz memuatnaik mesej perbualan bersama isterinya di Instagram mengundang perhatian orang ramai di media sosial.

Pelik Ada Benda Merah Keluar Masuk

Menerusi mesej perbualan yang dikongsikan, isteri kepada pelakon kacak ini mahu pembantu mereka menghantar kucing peliharaan ke klinik haiwan kerana terlihat ada benda warna merah keluar masuk dari punggung kucing tersebut.

Foto – Instagram @aarondwiaziz

Aaron yang melihat kiriman mesej isterinya dalam mesej kumpulan terus memberitahu, bahawa benda yang dilihat oleh isterinya itu adalah zakar kucing tersebut. Aaron yang berasa lucu kerana hal tersebut memohon maaf kepada kucing mereka yang bernama Casper.

“Maaf Casper, ‘mummy’ kamu tak pernah nampak kucing punya ‘bird bird’ walaupun dah jadi kucing ‘mummy’ lebih dari 10 tahun. Kesian. Maafkan ‘mummy.” Tulisnya

Netizen Terhibur Dan Berdekah Ketawa

Melihat perkongsian aktor tersebut membuatkan orang ramai berasa terhibur dan geli hati, masing-masing mula membanjiri ruangan komen dengan penuh gelak ketawa.

Foto – Instagram @aarondwiaziz

“Kesian @diyanahalik saya merasai dia hahaha”

“Adoi.. Ni lawak.. Guling-guling gelak ni taw bang…”

“Ini lawak”

“Tak boleh berhenti gelak”

“Lol! Maaf lah tergelak”

“Astaga, nak ketawa takut dosa” komen mereka

Nasib bagitahu tu ‘bird-bird’ kucing, kalau tak alamat memang Casper kena sunat nanti!

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press

Sumber : muraimy

Leave a Reply

Your email address will not be published.