Tak Suka Jalan Pegang-Pegang Tangan Tok Ram, Datin Alyah Mengaku Rim4s.. -“Bahagia cara masing-masing..”

Semua sedia maklum bahawa Datin Alyah merupakan seorang yang jarang berkongsikan mengenai perihal pasangan di laman sosial. Baru-baru ini, satu video perkongsiannya di Instagram telah mendapat perhatian dari netizen.

Perkongsian Alyah di Instagram menunjukkan video dia dan Tok Ram yang keluar bersama di pusat beli belah. Dalam video tersebut, dapat dilihat Tok Ram yang berjalan agak laju dan Alyah di belakang sedang mengambil video gelagat Tok Ram.

Di ruang komen, Alyah turut memaklumkan kepada netizen bahawa Tok Ram adalah seorang yang akan terus ke tempat yang ingin dituju tanpa menoleh kiri kanan. Manakala dia pula rimas apabila jalan berpegangan tangan.

 

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian netizen. Ramai yang teruja dengan video dari Alyah tersebut. Malah ada juga yang turut memberi komen positif dengan menyatakan bersetuju dengan apa yang dikongsikan oleh Alyah.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://b.cari.com.my/

Leave a Reply

Your email address will not be published.