Tiada Kelibat Iqbal Zulkefli Di Sidang Media Selepas Diumumkan Tersingkir

Menepati ramalan dan ‘kehendak’ netizen, usahawan sensasi Iqbal Zulkefli akhirnya diumumkan sebagai peserta pertama tersingkir dari program realiti Big Stage 2022 selepas mendapat markah yang terendah.

Kelibat Iqbal Tidak Muncul Di Sidang Media 

Seperti kebiasaan dalam mana-mana program secara langsung, sesi sidang media akan diadakan usai tamatnya program tersebut. Namun, kelibat Iqbal tidak muncul sehingga diberitahu oleh Pengurus Saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh bahawa pelantun Hujan itu terpaksa bergegas pulang kerana secara tiba-tiba mengalami masalah kesihatan.

“Saya baru diberitahu oleh pihak produksi selepas sesi penyingkiran tadi dia (Iqbal) terus dibawa pulang. Katanya, dia tak sihat dan mungkin akan terus ke klinik atau hospital untuk menjalani pemeriksaan lanjut ” ujar Norzeha ketika ditemui Murai.my

Iqbal Hanya Dapat 9.2% 

Dalam minggu kedua program realiti itu, Iqbal hanya mendapat markah sebanyak 9.2% dan dituruti  komen yang ‘pedas’ daripada juri tetap, Ajai. Selain mempunyai banyak kesalahan di dalam persembahannya, Ajai dengan tegas menyifatkan Iqbal tidak mempunyai kredibiliti dan bakat sebagai seorang penyanyi.

“Kamu tak berbakat dalam nyanyian. Bakat ini adalah pemberian… straight to the point. Walaupun berduit, tapi bakat tak boleh beli dengan duit. Allah yang kurniakan” tegur Ajai yang hanya memberikannya empat markah

Imbas kembali, selain Ajai,  Iqbal turut menerima markah rendah dari seorang lagi juri tetap, Dato Sri Siti Nurhaliza yang memberikannya sebanyak 20 peratus. Manakala, penyanyi Aina Abdul yang diundang sebagai juri juara pula hanya memberikan Iqbal 10 peratus.

Sejak diumumkan sebagai peserta yang ke-12 Big Stage 2022, Iqbal terus dikecam hebat oleh netizen sehingga ada yang memintanya untuk menarik diri dari program tersebut. Dengan penyingkiran Iqbal, 11 peserta lain yang akan mara ke minggu seterusnya adalah Aisha Retno, Alica Paujin, Tuah Adzmi, Lia Aziz, Yazmin Azi, Sofia Marieylla, Ajoi Zainal,Syafiq Abdillah, Megat Rahim dan Danial Chuer. Untuk info, Danial tidak dapat membuat persembahan pada minggu ini kerana mengalami demam panas.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press

Sumber : muraimy

Leave a Reply

Your email address will not be published.