Ibu Ayah N4ngis Depan Pagar, Anak ‘Drive’ 8 Jam Jengah Orang Tua Positif C0VlD19

Kes harian Covid-19 di Malaysia sejak kebelakangan ini mengalami peningkatan yang agak mendadak susulan penyebaran varian Omicron yang meluas.

Susulan daripada itu, mereka yang disahkan positif telah diminta untuk menjalani kuarantin kendiri andai berada di tahap 1,2 ataupun 3.

Ibu dan bapa tiri positif wabak

Menerusi perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @yunieyiluniey.vibes, dia meluahkan rasa tidak tenangnya susulan ibu dan bapa yang tinggal jauh darinya telah disahkan positif wabak mavt itu.

Disebabkan tidak tenang memikirkan keadaan mereka di kampung, dia telah memandu selama hampir 8 jam pergi dan balik untuk menjengah orang tuanya walaupun tidak boleh berada berdekatan mereka.

Buat kejutan kata ada orang nak COD barang

Pada awalnya dia memberitahu ibu tersayang supaya keluar menjengah ke pagar rumah kerana ada orang ingin menghantar barang, namun wanita itu memberikan kejutan dengan berada di dalam kereta di depan rumah.

Harta tak lagi penting

Walaupun tidak dapat memeluk cium ibu serta bapa tirinya, dia tetap memberikan kegembiraan buat mereka yang masih dalam keadaan berdebar memandangkan berdua menghadapi dugaan wabak tersebut.

Tak hanya itu, @yunieyiluniey.vibes juga telah memberikan sejumlah duit tunai dan cincin emas buat ibu bapanya  selain makanan yang dibawa khas untuk mereka jamah.

Walau bagaimanapun, menurut pengguna TikTok itu, wang ringgit dan harta sama sekalit tidak berharga kerana ketika ini kesihatan orang tuanya lebih penting berbanding semua itu.

Jadi, dia berharap agar orang ramai dapat sama-sama mendoakan agar ibu dan bapanya segera sembuh dan bebas daripada wabak tersebut.

Sedih sangat tengok orang tua macam ni

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan mengakui apa yang dikatakan @yunieyiluniey.vibes berkenaan ibu bapa yang tiada gantinya.

Ada juga daripada merkea berkongsi keadaan ketika pernah berada di situasi sama ketika ahli keluarga disahkan positif pandemik ini.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press

Sumber : http://www.klmenjeritvideo.dnq.news/

Leave a Reply

Your email address will not be published.