“Kepada Wanita Istimewa Ini?” – Hafreez Adam Rasa Bertuah Ada Afifah Nasir Dalam Hidup

Pelakon, Hafreez Adam dan Afifah Nasir pertama kali berganding bersama menerusi drama Pengantinku Jatuh Dari Langit. Walaupun cerita bersiri itu ditayangkan enam tahun lalu namun ia menjadi permulaan pada persahabatan yang terjalin antara mereka.

Menerusi hantaran baharu Hafreez di Instagram, jejaka itu memuatnaik beberapa gambar dan video berserta ucapan istimewa sempena sambutan ulang tahun kelahiran Afifah.

“Kepada wanita istimewa ini, hari ini adalah hari anda. Lebih tepat, bulan ini adalah bulan awak. Saya mendoakan yang terbaik untuk awak kerana awak layak menerima hanya yang terbaik. Saya ingin semua orang tahu betapa istimewanya awak.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Hafreez Adam (@hafreezadam)

“Sesiapa yang kenal dia, ada dekat dengan dia pasti asyik ketawa sahaja. Susah nak nampak dia marah. Selalu rendah diri dan baik terhadap orang di sekelilingnya. Terlalu banyak lagi yang saya ingin katakan tetapi tiada kata-kata yang dapat menggambarkan betapa saya rasa bertuah mengenali dia dalam hidup.

“Semoga dipanjangkan umur, semoga semua doa awak dimakbulkan,” tulisnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Afifah Nasir (@afifahnasir93)

Ucapan itu turut dibalas oleh Afifah diruangan komen yang menyifatkan Hafreez sebagai seorang lelaki yang manis.

“Saya kehilangan kata-kata. Saya sangat menghargai awak. Saya tidak pernah bertemu orang sebaik awak. Saya juga boleh tulis banyak perkara mengenai awak tetapi cukup sampai di sini,” balas Afifah.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Hafreez Adam (@hafreezadam)

Pernah digosipkan bercinta, Hafreez dan Afifah bagaimanapun menafikan khabar angin berkenaan dan menyatakan bahawa hubungan mereka hanya sekadar rakan baik.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : CARI

Leave a Reply

Your email address will not be published.