“Tiada Booster Tiada Raya..” -Iesya Toh Nasihat Banyakkan Membaca, Ini Pula Yang Netizen Komen!

Ekoran banyak berita palsu sering tersebar di media sosial, pengacara dan personaliti televisyen terkenal ini memberi nasihat menerusi muat naik di Instagram nya.

Banyakkan Membaca Elak Tertipu

Iesya yang memuatnaik tangkap layar yang mengandungi imej berita Perdana Menteri yang sedang tular pada ketika ini, bersama kapsyen ringkas sebagai penjelasan di media sosialnya.

Foto – Instagram @iesyatoh2

“PALSU !!

Tolong baca kapsyen sebelum komen. Membaca membuatkan kita jauh dari ditipu..” pesannya

Netizen Selesa ‘Follow’ Iesya Dapatkan Maklumat Sahih

Melihat perkongsian pengacara popular tersebut, ramai pengguna media sosial mula membanjiri ruangan komen posting tersebut dan rata-rata memberi komen dan pandangan yang tak disangkakan.

Foto – Instagram @iesyatoh2

“Kami pun sama. Tak tengok lain dah.. Pakat kongsi dengan kawan-kawan.. Kalau nak tahu cerita tu sahih ka dak.. Hampa ‘follow’ kak Sya”

“Saya apa pun tengok IG kak Sya baru ‘up”

“Yang sahih dekat sini ya kawan-kawan… Terima kasih kak Sha… #SelamatHariRaya” komen warganet

Untuk rekod, pengacara jelita ini sering berkongsi maklumat dan berita semasa kepada orang ramai menerusi akaun media sosialnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press

Sumber : muraimy

Leave a Reply

Your email address will not be published.