“Wehh Bapak Lawa…” -Anis Sofea Buat Video Tiktok Dengan Adik Lelakinya, Sekali Benda Lain Netizen Perasan

Isteri kepada penyanyi terkenal, Haqiem Rusli yang dikenali sebagai Anis Sofea sering sahaja mendapat perhatian oleh warganet dan mempunyai barisan pengikut di media sosial.

Pasangan sama cantik, sama padan itu disatukan sebagai suami dan isteri pada tahun lalu dan sejak sehingga kini masih sahaja tidak jemu mengundang peminat mereka turut sama tumpang gembira melihatkan Haqiem Rusli dan gadis pilihan hatinya itu.

Pun begitu, pada kali ini tidak hanya Anis Sofea yang meraih perhatian warganet sekali gus menjadi perbualan ramai, ini kerana satu perkongsian video di aplikasi, TikTok atas nama anissofea yang diikuti lebih 68,000 pengikut membuatkan dia dan seorang lelaki menjadi tumpuan.

Difahamkan lelaki berkenaan merupakan adik Anis Sofea dimana video tersebut yang menunjukkan gelagat mereka sedang melakukan satu video trend membuatkan hantaran itu hangat diperkatakan ramai.

Sehingga hanya satu hari dimuat naik sahaja sudah ditonton lebih 400,000 kali yang mana tidak hanya gelagat Anis Sofea sahaja mencuri tumpuan umum dengan kecantikannya malah adik lelakinya itu juga dipuji ramai.

Video

 

Menjengah ke komen-komen yang ditinggalkan tersebut, warganet juga tertarik dengan jari lelaki berkenaan yang dipuji lawa disamping hantaran itu turut disertakan dengan 33,000 tanda suka oleh warga TikTok.

“Adik beradik jenis jari runcing…”

“Weh bapak lawa tangan adik dia”

“Jari laki ni lawa…”

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press

Sumber : HCL

Leave a Reply

Your email address will not be published.