Shuib Main Golf Dengan Permaisuri Agong, Siap Kena Usik Lagi!

Siapa je tak kenal dengan Shuib kan? Kalau min nak cerita update pasal Shuib ni, uish… Banyak jugak tau!

Min yakin, sejak berita pemergian isteri tercinta Shuib iaitu Siti Sarah, setiap gerak geri Shuib akan  menjadi tumpuan orang ramai. Ada juga yang kata Shuib sedang berkenalan dengan seorang wanita sekarang ni.

Walaupun sering dikaitkan dengan cerita-cerita cinta bersama beberapa artis wanita, nampaknya kehidupan harian Shuib tidak sedikit pun terganggu kalau dilihat menerusi perkongsian gambar-gambarnya di Instagramnya @shuibsepahtu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Terkini, Shuib dilihatkan telah meluangkan masanya dengan bermain golf bersama dengan Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Wah, steady lah Tunku Azizah turun padang join Shuib!

Perkongsian video Reels yang dimuatnaik oleh Shuib sendiri itu mendapat lebih dari sejuta views. Gelagat Permaisuri yang bersahaja bergurau seperti ibu-ibu setiap kali Shuib ingin melakukan pukulan golf.

Kalau korang kurang jelas dengan perbualan di dalam video tu, mungkin korang boleh tengok details percakapan mereka dalam video TikTok yang bawah ni…

Bukan itu je, dalam bersahaja Tunku Azizah bergurau dengan Shuib, Tunku Azizah juga boleh dikatakan ‘up-to-date’ dengan kisah cinta Shuib. Siap mention lagi salah sorang nama yang familiar dengan kita semua. Uish siapa tuuu?

Video

@lieonaa._ #ad another collection tuanku w shuib *dont take it serious, biasalah gurau²* #shuibsepahtu #shuib #lieonaa #tunkuazizahmaimunahiskandariah ♬ original sound – upin naik moto jatuh longkang

@lieonaa._ #ad Reply to @lieonaa._ #shuibsepahtu #shuib #lieonaa #birdiegolf #tunkuazizahmaimunahiskandariah ♬ original sound – upin naik moto jatuh longkang

Aktiviti mereka berdua itu nyata mendapat perhatian orang ramai yang mana mereka mengatakan bahawa Shuib beruntung kerana dapat meluangkan masa bersama dengan kerabat diraja. Tak ketinggalan juga yang menyifatkan mereka seronok melihat Shuib yang kembali tersenyum.

Komen Netizen

Komen Full 3

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press

Sumber : lobakmerah

Leave a Reply

Your email address will not be published.