Mohon doa yang baik-baik buatnya dan Talita sekeluarga, Wan Sharmila gembira jumpa dengan Talita

PERTAMA kali berjumpa dengan anak kepada Allahyarham Siti Sarah iaitu Dzahira Talita Zahra, aktres Wan Shamila memuji sikap kanak-kanak berusia sembilan tahun itu.

Wan Sharmila atau mesra disapa sebagai Lala berkata Talita seorang yang kelakar, anak yang baik malah pandai menghormati orang lain.

Gembira dapat meluangkan masa, pemilik nama Wan Sharmila Wan Mohamed turut bersyukur dia dan Talita serasi bersama.

Wan Sharmila seronok dapat luangkan masa dengan Talita.

“Alhamdulillah, saya pertama kali berjumpa dengan Talita. Dia seorang anak yang baik, pandai menghormati orang dan pandai buat orang gelak.

“Macam yang saya tulis di Instagram juga, Alhamdulillah dia sudi la geng dengan saya. Seronok dapat luangkan masa bersama,” katanya kepada mStar.

Menerusi perkongsian video di akaun Instagram Siti Sarah Raissuddin pada Rabu, Talita dilihat bertemu dengan Wan Sharmila di sebuah pusat membeli belah.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Siti Sarah Raissuddin (@sitisarahraissuddin)

Seronok dapat luangkan masa bersama.

WAN SHARMILA

PELAKON

Rata-rata netizen mengakui turut berasa sebak menonton pertemuan Talita dengan pelakon drama 7 Hari Mencintaiku itu.

Sebelum ini, nama Wan Sharmila ‘dipetik’ kononnya merupakan wanita yang memeluk anak perempuan pelawak Shuib dan arwah Siti Sarah.

Bagaimanapun menerusi temu bual bersama mStar, Wan Sharmila menafikan dia adalah individu dalam video yang dilihat memeluk Talita.

Wan Sharmila 2

Wan Sharmila bersama Talita dan neneknya.

Dalam pada itu, Wan Sharmila enggan mengulas lebih lanjut mengenai pertemuaan mereka kerana bimbang disalah erti oleh mana-mana pihak.

“Kalau boleh, saya tak nak ulas lebih lanjut mengenai perjumpaan itu. Bimbang nanti orang boleh salah faham pula.

“Apa-apa pun, doakan yang baik-baik untuk saya dan juga Talita sekeluarga,” ujarnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press

Sumber : mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *