“Yang tak menjadi kebiasaan, kami cuba biasakan..” -Rezeki Heliza Helmi kian mencurah selepas berumahtangga

FASA berumah tangga tentunya membawa perubahan dalam kehidupan seseorang individu.

Bagi penyanyi, pelakon dan aktivis kemanusiaan, Datin Seri Heliza Helmi, perkahwinannya dengan suami, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman membuka satu lembaran besar dalam hidupnya.

Selepas hampir dua bulan bergelar isteri, bekas peserta program Akademi Fantasia musim kelima (AF5) itu mengakui mula belajar pelbagai perkara baharu.

“Sekarang, usia perkahwinan kami baru sahaja menjengah lebih 40 hari. Banyak lagi yang perlu saya belajar.

“Umpama budak tadika yang baru masuk sekolah, saya dan suami masih baru lagi. Alhamdulillah, banyak benda yang tak menjadi kebiasaan, kami cuba biasakan,” katanya.

Perkahwinan yang berlangsung secara ‘taaruf’ itu tentunya memerlukan sedikit masa dalam mengadaptasikan kehidupan mereka.

“Jadual kami berdua memang padat dengan kerja dan tanggungjawab masing-masing.

HELIZA bakal bintangi filem Road to Heaven.
HELIZA bakal bintangi filem Road to Heaven.

 

“Jadi, saya akan temankan suami kalau dia ada mesyuarat atau apa-apa urusan dan begitu juga sebaliknya.

Antara perkara yang perlu diadaptasikan dalam kehidupan Heliza adalah gelaran sebagai Datin Seri.

“Dari dahulu lagi, kalau ke mana-mana acara, saya selesa menggunakan nama Kak Ja. Jadi, panggil sahaja Kak Ja.

“Untuk gelaran itu, kira diraikan. Cuma, bagi saya sendiri lebih selesa membahasakan diri saya Kak Ja contohnya, kalau ke majlis-majlis perkongsian dan motivasi dengan pelajar-pelajar dan sebagainya,” katanya.

Ditanya mengenai rezeki selepas berkahwin, Heliza tidak menafikan bahawa dia mula merasakan nikmat itu.

“Alhamdulillah, benar bagai dikata, rezeki selepas berkahwin datang mencurah-curah. Ada beberapa tawaran antaranya sebagai duta produk dan juga tawaran berlakon dalam filem Road to Heaven ini.

 

HELIZA bersama suami, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman.
HELIZA bersama suami, Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman.

 

“Memang semuanya datang tanpa saya duga. Nikmat Allah itu sangat dahsyat. Saya sendiri pun terkejut,” katanya.

Terbaharu, Heliza kini bakal membintangi filem berkonsepkan perjuangan misi kemanusiaan berjudul Road to Heaven yang diarahkan oleh Nizam Zakaria.

“Insya-Allah, saya akan ke Palestin untuk menjalani penggambaran di sana pada Jun nanti. Dalam filem ini, saya memegang watak sebagai Syakilla.

“Saya akui agak berdebar untuk berlakon dalam filem ini. Tapi, kali ini saya akan turut berganding bersama adik saya, Hazwani Helmi.

“Insya-Allah, untuk memantapkan lagi kefahaman lakonan, kami akan sertai kelas lakonan dan mendapatkan ilmu dalam selok belok dunia lakonan,” katanya.

Cukup dikenali sebagai aktivis yang aktif dalam melakukan kerja-kerja kemanusiaan di dalam dan luar negara, kehadiran filem ini umpama mimpi Heliza yang menjadi kenyataan.

“Ada satu misi perjuangan untuk PaIestin dan ummah yang saya cita-citakan. Saya selalu ke sana sebelum ini dan pernah terdetik, alangkah bagusnya kalau ada satu filem untuk mengetengahkan bumi PaIestin, Yam4n dan Syri4.

“Mudah-mudahan dengan adanya filem ini kelak, kita dapat berkongsi kebaikan dan jadikan ia sebagai medium dakwah,” katanya.

Selain Heliza dan Hazwani, filem Road to Heaven juga menampilkan pelakon lain seperti Josiah Lim.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press

Sumber : hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published.