Baby Shima Ditolak Dengan Seorang Perempuan Masa Rancak Gelek Dengan Lelaki

Baru-baru ini, viral mengenai kisah founder ESW yang berang apabila di ‘scam’ kek perkahwinan yang disangka dihiasi dengan batu swarovski.

Dia dikatakan telah membayar kos hampir RM70,000 untuk kek tersebut, namun akhirnya cuma dapat kek tujuh tingkat yang dihiasi manik murah sahaja. 

Namun di sebalik insiden itu, rupanya ada lagi ‘drama’ yang menarik terjadi di majlis perkahwinan berkenaan.

Penyanyi Baby Shima merupakan antara artis yang sering diundang untuk membuat persembahan. 

Baby Shima yang menyampaikan sebuah lagu dangdut ketika majlis berlangsung mencuri tumpuan ramai tetamu disitu apabila dia rancak bergelek dengan salah seorang tetamu lelaki di atas pentas.

Tiba-tiba, Baby Shima telah ditolak seorang lagi tetamu wanita yang kebetulan berada di atas pentas ketika persembahan itu. Mungkin tetamu itu kurang enak melihat aksi Baby Shima. 

Selepas ditolak, kelihatan Baby Shima seolah-olah give up dan teruskan nyanyian sambil duduk di hujung pelamin.  Kini, video yang dimuat naik oleh Baby Shima di akaun Tiktok miliknya telah meraih lebih 3 juta tontonan.

Video

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by NENG BABY SHIMA (@babyshimaofficial)

Melihat ke ruangan komen, rata-rata netizen risau melihat penyanyi itu jatuh tersungkur apabila tiba-tiba ditolak kerana berada berdekatan dengan tangga.

Disebabkan ramai yang mempersoalkan tindakan tetamu wanita itu, Baby Shima kemudiaj menjelaskan bahawa lelaki yang bersamanya di atas pentas berkenaan sebenarnya sepupu kepada tetamu wanita terbabit.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : CARI

Leave a Reply

Your email address will not be published.