Saya Tak Teragak-Agak Ambil Tindakan Mahkamah Kalau Ada Panggil Saya Ali Hitam Dan Ejekan Tubuh”- Ali Puteh

“Saya dah lali dan tak kisah netizen nak cakap apa kerana mereka tidak menentukan keputusan mahk4mah,” kata pelawak Ali Puteh mengenai kecam4n berterusan yang dilemparkan kepadanya menerusi media sosial.

Ia berikutan laporan Harian Metro kelmarin mengenai kegembiraan Ali apabila perbicaraan kes s4man terhadapnya sudah tamat selepas semua pihak tampil dengan keterangan masing-masing.

Ali, 32, berkata, netizen tiada hak untuk menentukan siapa betul dan siapa salah dan dia tidak perlu ambil kisah dengan mereka.

“Hanya mahkam4h yang boleh tentukan keputusan. Ada juga netizen yang mengata macam-macam dekat Instagram, tapi saya jawab komen elok-elok kerana kita masih meraikan Syawal.

“Kalau mereka kata Nor Hidayah (kakak ipar) menang tak apalah. Saya tak nak cemarkan bulan Syawal ini dengan perbuatan yang kurang manis. Saya dah biasa dengan kej1an orang.

Alhamdulillah saya okay saja,” katanya kepada Harian Metro.

Bagaimanapun Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan akan mengambil tindakan terhadap netizen yang mengh1na fizikalnya secara keterlaluan.

“Kalau ada yang panggil saya dengan gelaran Ali Hitam dan bermain dengan body shaming (ej3kan tubuh) agak melampau dan babitkan keluarga, saya takkan teragak-agak untuk ambil tindakan mahk4mah.

Negara kita ada undang-undang dan kalau mereka melampau sangat, perkara ini akan dibawa ke m4hkamah. Jangan pula kata saya asyik nak sam4n saja, sebaliknya mereka sendiri yang nak jumpa saya. Saya akan ‘print screen’ dan ambil tindakan,” katanya.

Ali berkata, dia sudah malas untuk berg4duh dengan mereka di media sosial kerana ia hanya membuang masa.

“Cara untuk ajar mereka ialah bawa ke mahk4mah. Kalau sembang dalam media sosial takkan habis sampai bila-bila.

“Kalau dia salah dan kena bayar d3nda contohnya RM500,000, barulah kesal dan nak minta maaf. Saya harap doakanlah yang baik-baik dan jangan memaki hamun kerana ini bulan Syawal. Kalau betul nak jumpa saya boleh datang mahk4mah,” katanya.

Terdahulu, kemelut keluarga membabitkan Ali dan kakak iparnya, Nor Hidayah Mohd Ali memaksa kes ini dibawa ke Mahkam4h Sesyen Kuala Lumpur.

Ia sudah didengar di hadapan Hakim menerusi prosedur yang berlangsung secara dalam talian pada 16 dan 17 Februari lalu.

Ali memfailkan sam4n terhadap Nor Hidayah dan jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman pada 27 Ogos tahun lalu.

Ibunya Sabariah Arshad adalah plaintif pertama diikuti bapa, Syed Mohd Ridzuan (plaintif kedua), kakaknya Sharifah Norwahidah (plaintif ketiga) dan Ali (plaintif keempat).

Tindakan ini dibuat sebagai tindak balas terhadap kakak iparnya yang terlebih dulu bertindak meny4mannya dengan tuntutan mencecah RM900,000.

Pelawak Ali Puteh bersedia menghadapi sebarang kec4man daripada netizen selepas diperintahkan membayar ganti rvgi am RM60,000 kepada kakak iparnya, Siti Norhidayah Mohd Ali kerana memfitn4h dalam laman sosial Instagram, dua tahun lalu.

Ali berkata, dia tiada masalah untuk berdepan dengan netizen yang akan mengh3ntam atau mencemvhnya di laman sosial.

“Dalam dua tahun ini, saya sudah bersedia menghadapi apa saja kec4man. Saya sudah maklumkan kepada keluarga, menang pun kita kena (hentam), kalah pun kita kena.

“Jadi, saya tiada masalah dengan netizen sebab kita tahu apa yang kita lakukan dan apa sebenarnya yang terjadi,” katanya.

Menurut Ali, dia tidak akan menggunakan platform media sosial untuk membuat sebarang luahan atau ketidakpuasan hati kerana bimbang akan mengganggu proses rayuan di Mahk4mah Tinggi.

“Kalau saya kongsikan apa-apa lagi di media sosial, saya bimbang akan berlaku masalah di Mahkam4h Tinggi.

“Tentang netizen, saya memang tak risau apa-apa pun,” katanya.

Terdahulu, Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan akan membuat rayuan di Mahk4mah Tinggi berikutan terdapat beberapa fakta yang didakwa tidak tepat selepas keputusan kes s4man fitn4h diputuskan hakim, Zulqarnain Hassan semalam.

Pada Mei 2020, Hidayah, 30, memfailkan s4man fitn4h terhadap Ali Puteh, 34, berhubung kenyataan yang dibuat pelawak itu di akaun Instagram yang antara lain menggambarkan dirinya seorang tidak bertanggungjawab.

Wanita terbabit memohon ganti rvgi am, teladan atau punitif dan teruk yang tidak dinyatakan jumlahnya.

Dia juga memohon satu perintah injunksi bagi menghalang adik iparnya menyiarkan sebarang kenyataan berbaur fitn4h terhadap dirinya, kod dan relif-relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahk4mah.

Sementara itu dalam prosiding sama, mahk4mah menolak sam4n fitn4h yang dikemukakan Ali Puteh dan tiga ahli keluarganya yang lain terhadap Hidayah dan usahawan kosmetik Datuk Aliff Syukri dengan kos sebanyak RM13,000.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press

Sumber : https://printlyrics.net

Leave a Reply

Your email address will not be published.