“Saya Nak Jual Semua Harta Saya, Nak Jadi Orang Biasa” -Lepas Jual Rumah, Safiey Ilias Nak Jual Kereta Mustang Pula

Usahawan kontroversi, Safiey Ilias atau nama sebenar Mohd Saifuddin Ilias mahu menjual kereta Mustang miliknya selepas mengambil keputusan menjual rumahnya yang terletak di Sunway Montana, bulan lalu.

Melalui satu hantaran di Instagramnya semalam, Safiey, 26, berkata, kereta yang dibeli pada 2016 itu ingin dijual dengan harga RM270,000.

“Memang sedih apabila nak jual Mustang saya ini. Tapi tak apa mungkin ini ketentuan buat saya. Terima kasih Allah sudi pinjamkan rezeki memiliki Mustang ini pada saya. 

“Saya nak menjual semua aset dan harta yang ada. Saya nak menjadi orang biasa dan sederhana saja. Siapa yang membeli kereta ini, saya akan promosi Facebook dan Instagram dia. Pendek kata, saling membantu. Apa pun harga yang dinyatakan masih boleh dirunding,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Safiey Ilias (@safieyillias94)

Pelantun lagu Syinta Gila itu berkata, duit yang diperoleh daripada menjual semua aset yang ada ingin digunakan untuk memulakan sesuatu yang baru.

“Terlalu banyak kenangan saya bersama semua aset yang ada. Pahit, manis dan jatuh bangun saya ada bersama semua benda ini. Walaupun perit dan sedih, tapi saya terpaksa.

“Kalau boleh tahun ini saya mahu memulakan sesuatu yang baru dan segar dalam hidup. Rezeki yang ada saya nak kongsi bersama,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Safiey Ilias (@safieyillias94)

Dalam posting yang lain dua hari lepas, Safiey memuat naik gambar di lapangan terbang dengan himpunan bagasi di hadapannya.

“Mungkin ini yang terbaik  . Bismillah” katanya ringkas.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Safiey Ilias (@safieyillias94)

Hantaran tersebut telah mengundang tanda tanya dan menerima pelbagai reaksi dari netizen.

Mungkinkah Safiey akan berhijrah ke luar negara? Apa pun, doakan yang terbaik untuk beliau.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : CARI

Leave a Reply

Your email address will not be published.