[VIDEO] “Part Nora Danish Tu Terus Tergamam” -Orang Korea Terkejut Teka Umur Selebriti Malaysia

Cukup sinonim dengan karakter Puteri satu ketika dulu, pelakon Nora Danish ini masih memiliki barisan peminatnya yang tersendiri. Cantik dan memiliki suara manja, biarpun usia Nora Danish semakin meningkat, namun auranya itu masih kekal seperti dahulu.

Nora Danish
Nora Danish

Malah satu perkongsian video yang memaparkan sekumpulan orang Korea teka umur Nora Danish telah mencuri perhatian warganet. Dalam rakaman tersebut sekumpulan orang Korea ini adalah Youtuber terkenal dari saluran Blimey.

Mereka mula meneka usia sebenar Nora Danish selepas melihat beberapa foto selebriti jelita tersebut. Berikut adalah perkongsian rakaman teka usia sebenar Nora Danish yang telah dimuat naik semula oleh seorang pengguna TikTok dengan nama akaun nufarsa90:

@nufarsa90

Biasa orang susah teka umur nora danish. Our Malaysian Puteri Farah Binti Nordin 😝

♬ My Universe – Coldplay & BTS

Wah memang awet muda sungguhlah Nora Danish ini! Usianya sudah memasuki 40 tahun ini. Tapi tetap nampak muda remaja. Apa-apa pun perkongsian rakaman ini juga membuatkan ramai yang terkejut mendengarkan usia sebenar Nora Danish.

Berikut antara reaksi warganet yang ditinggalkan di ruangan komen:

“Masalahnya aku orang Malaysia ni pun tak tau diorang dah berumur”

Umur Nora Danish 4

“Hahaha pelik kita adore dengan orang Korea cantik2 kulit diorang adore dengan kita orang putih lak obses dengan tan skin”

Umur Nora Danish 3

“Saya orang Malaysia pun terkejut umur dia dah 40 tahun. Weh aku ingat dia dalam 34 camtu”

Umur Nora Danish 2

“Bukan diorang je terkejut dengan aku sekali terkejut bila tahu umur Nora Danish”

Umur Nora Danish 1

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press

Sumber : HCL

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *