Akhirnya Teka Teki Peminat Terjawab.. Isteri Bunting Pelamin, Fizo Omar Bakal Timang Anak

TEKA-TEKI mengenai spekulasi isteri Fizo Omar h4mil akhirnya terjawab apabila wanita berkenaan iaitu Fazeera Nazri berkongsi berita gembira itu di Instagram miliknya pada malam Ahad.

Menerusi sebuah video, Fazeera membuat kejutan kepada Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 36, dengan memberi alat ujian keh4milan pada bulan pertama perkahwinan mereka.

“Video ini diambil ketika bulan pertama perkahwinan kami, ia kejutan besar buat dia apabila beritahu saya h4mil.

“Alhamdulillah, ini hadiah paling istimewa buat kami dan saya berdoa agar semuanya berjalan lancar,” tulisnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Fezyra Nesry (@ffezyranesry)

Video berdurasi 50 saat itu memperlihatkan Fizo terkejut apabila melihat alat keh4milan dan bertanya kepada isterinya tentang perkara itu.

“Maksudnya you h4mil? Serius? Tak sangka betul sayang. So made in Janda Baik la ni? Yes saya happy sangat,” ujar Fizo.

Dalam posting berasingan, Fazeera turut memuat naik foto dia memperlihatkan baby bump yang kini membesar.

Tahniah semoga dipermudahkan urusan mommy to be… jaga diri.

NETIZEN

Rata-rata netizen teruja dan mengucapkan tahniah serta mendoakan proses keh4milannya berjalan lancar.

“Bunting pelamin terus, rezeki… tahniah Fazz dan Fizo. Baby Janda Baik… nasib tak apa-apa masa naik ATV”

“Alhamdulillah, Rezeki Allah beri pada masa yang tepat. Selamat menjadi ibu.

“Tahniah kakak, semoga kandungan sihat-sihat sahaja.

“Tahniah semoga dipermudahkan urusan mommy to be. Jaga diri,” ujar netizen.

Tahniah! Fizo kini bergelar suami Fazeera.

Fizo bersama anaknya Maryam ketika majlis perkahwinannya dengan Fazeera.

Bagaimanapun, Fazeera tidak memaklumkan usia sebenar kandungan tersebut.

Fizo dan Fazeera bernikah pada 21 Oktober 2021 dalam satu majlis tertutup di Janda Baik, Pahang.

Ini merupakan perkahwinan kedua buat Fizo. Dia pernah berkahwin dengan usahawan Mawar Karim pada 2013 namun bercerai pada Julai 2019.

Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang cahaya mata Wan Maryam, 5 tahun.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press

Sumber : mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published.