Hampir Dua Tahun Jadi Ibu Tunggal, Peminat Puji Lufya Makin ‘MeIetop’

Transformasi terkini pelakon dan penyanyi jelita, Lufya Omar atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar kelihatan semakin cantik dan berseri. Malah perubahannya itu juga dapat dikesan oleh peminatnya terutama dalam video yang dimuatnaiknya semalam.

Mekap Dan Penampilan Meletup

Ibu kepada Laana Haura ini berkongsi video yang memaparkan dirinya sebelum dan selepas bertatarias menarik perhatian ramai. Apatah lagi Lufya kelihatan cukup cantik dengan solekan yang menyerlah, sesuai dengan penampilan yang digayakannya.

Foto – Instagram @lufyalaana

“Bila ‘mummy’ dah penat masak, basuh kain, cuci poo poo.. Paling menyampah lipat baju.. Kasi can ‘mummy’ melaram sikit ya.

Mekap letop ‘mummy’ dari @measukri yang tak pernah mengecewakan. Sayang sikit ke sayang banyak untuk penampilan ini?” Tulisnya

Peminat Puji Makin Cantik Dan Doa Dapat Jodoh Yang Baik

Melihat penampilan Lufya yang semakin hari semakin cantik dan menarik membuatkan ramai peminat memujinya dan ada juga yang mendoakan agar ibu beranak satu ini bertemu dengan jejaka yang baik untuk diri dan anak perempuannya.

Foto – Instagram @lufyalaana

“Perghhh semoga cepat bertemu putera idaman yang sayang gila kat awak dan Haura.. Untung siapa yang dapat Haura dah lah comel dan manja gila”

“Cantiknya….. Tak lama lagi jodoh mai.. Insya Allah”

“MasyaAllah cantiknya”

“Wow cantiknyaaaa” komen peminat

Memang nampak makin cantik dan meletup ibu Haura ni!

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press

Sumber : Muraimy

Leave a Reply

Your email address will not be published.