“Patutlah Mesej I Love You” – Aaron Aziz Pasrah Dengan Taktik Licik Isteri Borong Pokok Baru

Bagi pencinta pokok, setiap tumbuhan itu menjadi terapi kepada jiwa mereka. Ada di antara mereka yang mengatakan menanam pokok dapat menghilangkan stress sehingga ada yang ‘berbual’ dengan pokok. 

Beribu-ribu duit sanggup dihabiskan lebih-lebih. Hal ini turut terjadi kepada isteri Aaron Aziz yang gemar mengumpul tanaman hiasan.

Baru-baru ini Aaron Aziz telah memuat naik satu posting di akaun Instagram miliknya yang menunjukkan isterinya, Diyana Halik menghantar sebuah mesej dengan ayat-ayat manis seperti “Saya Cintakan Awak” dan juga “Saya Rindukan Awak“. 

Tetapi tiada siapa menduga di sebalik mesej romantis itu, rupanya-rupanya isterinya itu telah membeli beberapa pokok pisang baru. 

Antara spesis yang dibeli isterinya adalah Ice Cream Variegated. Mesti pokok harga kayangan ini! Posting Aaron Aziz disudahi dengan kapsyen yang membuatkan ramai tertawa. 

Rupa-rupanya bukan Aaron Aziz seorang yang menghadapi perkara ini. Ramai betul menggemar pokok sekarang, rata-rata rumah yang kita lihat mesti dihiasi dengan pokok. 

Meninaju ke ruangan komen, rata-rata netizen faham dengan situasi dihadapi oleh pelakon ini. Ramai juga kelihatan terhibur dengan kapsyen Aaron Aziz. 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : CARI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *