“Tak kan nak susukan dalam tandas?” -Teruk Dilanda Kontroversi, Akhirnya Kak KM Bidas Segala Kec4man Netizen

GARA-GARA menyusukan anak di tempat awam, usahawan kosmetik kontroversi Liana Rosli atau Kak KM dikec4m dan dianggap tidak menjaga adab sebagai wanita Muslim.

Menjelaskan perkara yang berlaku, Kak KM berkata, dia menyusukan anak bukan di hadapan orang ramai, malah menerusi video yang dikongsi itu tidak memperlihatkan bahagian tidak sepatutnya.

“Pertama sekali ketika saya menyusukan anak itu, tiada orang di depan saya. Jadi memang tiada siapa yang nampak. Dalam video yang saya muat naikpun bukannya menampakkan bahagian yang tidak sepatutnya.

“Kemudian, tak kan saya nak susukan anak di dalam tandas?

“Saya bukannya tiada otak. Saya masih tahu untuk menjaga adab,” katanya ketika dihubungi mStar.

Anak kepada pelakon veteran Normah Damanhuri ini baru sahaja menyambut kelahiran anak keempatnya pada Disember tahun lalu yang diberi nama Cinta Carrisa.

kak km 2

Kak KM bersama suami dan anak-anak

Kak KM dan suami, Razman Ramli turut mempunyai tiga orang anak lain iaitu Nabila Razman, 19, Fariz Razman, 15, dan Rania Razman, 12.

Belum reda isu menyusukan anak, Kak KM sekali lagi mencuri perhatian netizen kerana dilihat menari di hadapan sekumpulan lelaki yang dipercayai kawan-kawan suaminya.

Saya bukannya tiada otak. Saya masih tahu untuk menjaga adab

KAK KM

USAHAWAN

 

Menjawab tentang perkara tersebut, Kak KM berkata, kesemua lelaki itu terdiri dalam kalangan ahli keluarga.

“Mereka semua itu adalah adik-beradik saya dan juga suami. Kami memang sporting kalau mahu buat video cabaran seperti yang popular di media sosial.

“Kami memang terbuka dan tidak fikir perkara yang tidak senonoh,” jelasnya.

Sering menerima kecaman atas setiap tindakannya, Kak KM bagaimanapun tidak ambil peduli kerana baginya itu adalah salah satu strategi pemasaran dalam perniagaan.

kak km 3

Kak KM marah jika ada yang bercakap buruk tentang ibunya, Normah Damanhuri

Bagaimanapun, Kak KM juga meminta netizen tidak bercakap bvruk tentang ibu dan ahli keluarganya yang lain.

“Kalau saya baca setiap komen di media sosial, rasanya dah masuk ICU sebab s4kit hati dengan semua kec4man.

“Sebagai seorang usahawan, ini adalah cara saya menggunakan platform media sosial sebagai medium pemasaran.

“Biarlah apa orang nak kata tentang diri saya, tetapi jangan ‘sentuh’ ibu dan adik-beradik saya. Itu memang boleh buat saya m4rah,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press

Sumber : mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *