[VIDEO] Isteri selamat bersaIin, Jamal Abdillah timang anak kelima… Tercapai hasrat nak tarikh istimewa 22.2.22

SELEPAS penyanyi Kaka Azraff dan Aurel Hermansyah, seorang lagi bayi selebriti l4hir pada tarikh yang cukup istimewa iaitu 22.02.2022.

Penyanyi yang juga digelar raja pop Malaysia, Datuk Jamal Abdillah menimang cahaya mata kelima yang diberi nama Iskandar Rayyan Yamani pada Selasa.

Bayi seberat 2.84 kilogram itu dil4hirkan secara pembedahan di sebuah pusat perubatan di Shah Alam.

Berita gembira itu dikongsi anak sulung Jamal iaitu Yamani Abdillah yang memberitahu adik dan ibu tirinya berada dalam keadaan baik.

“Syukur dan seronok dapat adik lagi.

“Tak sangka sebenarnya akan ada adik-beradik yang ramai.

jamal 3

Yamani bersama adik keduanya, Zaki.

“Ini merupakan satu tanggungjawab besar buat saya suatu hari nanti untuk menjaga mereka,” ucap Yamani ketika dihubungi mStar.

Sementara itu Jamal dalam satu hantaran di Instagram turut meluahkan rasa syukur dan berkongsi perasaan gementar sehingga tersasul saat melafazkan azan di telingan bayinya.

“Alhamdulillah, telah l4hir anak lelaki saya. Mohon doa semoga menjadi anak yang soleh.

“Selesai sudah gementar sehingga azan pun tersasul,” tulis Jamal.

Iskandar Rayyan Yamani merupakan anak ketiga hasil perkongsian hidup Jamal dengan isteri, Datin Zai Izzati.

Jamal dan Zai mendirikan rumah tangga pada 6 April 2017.

Tak sangka sebenarnya akan ada adik-beradik yang ramai

YAMANI ABDILLAH

PENYANYI

Ini merupakan perkahwinan keempat buat Jamal.

Selain Iskandar Rayyan Yamani, mereka juga mempunyai dua anak lain iaitu Nur Azura Yamani, 3, dan El Isaac Yamani, 2.

Sementara itu Yamani atau nama sebenanya Osama Yamani, 21, merupakan anak Jamal bersama bekas isteri Noraina Mohd Yusof.

jamal 2

Jamal dan Zai bersama dua lagi anak mereka

Jamal juga mempunyai seorang lagi anak lain iaitu Zaki Yamani, 16, menerusi perkahwinan ketiga.

Jamal sebelum ini pernah memberitahu sengaja memilih tarikh 22.02.2022 bagi menyambut kel4hiran Iskandar namun ia bergantung kepada nasihat doktor dan kesihatan isteri.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by ❤️‍🔥D’JA (@jamalabdillahofficial)

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press

Sumber : mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *