Jebat Jayden nyanyi lagu Hafiz Suip, tapi ramai pula netizen komen “saya tak risau, saya tak risau..saya baik”

Si cilik popular, Jebat Jayden iaitu anak kepada pelakon, Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila ini sememangnya sering tular disebabkan telatahnya yang sering mencuit hati peminat anak selebriti. Ditambah pula, Jebat Jayden yang semakin membesar dengan comel dan begitu ceria.

Jebat

Jadi ada-ada sahajalah gelagat Jebat Jayden yang menarik tumpuan ramai. Apatah lagi selepas dikongsikan menerusi akaun TikTok ibunya, Noor Nabila di akaun bernama, noornabila00.

Terbaharu pula, gelagat Jebat Jayden menarik tumpuan peminatnya lagi apabila kali ini, anak kesayangan Sharnaaz Ahmad ini dilihat nyanyi sebuah lagu.

Kedengaran Jebat Jayden nyanyi lagu daripada Hafiz Suip berjudul Kisah Cinta Kita. Meskipun sedang menyanyi, gelagat comelnya ini memang tidak dapat lari. Sehinggakan video yang dikongsikan ini menerima ribuan tanda suka.

Video

@noornabila00 Sape nak dengar jayden nyanyi ? Sound on!! 😄 #kidsoftiktok #fyp #jebatjayden ♬ original sound – Noor Nabila

Pun begitu, baru-baru ini pula telatah Jebat Jayden yang pandai berkata-kata menyebabkan ungkapan daripadanya yang berbunyi, “Saya tak risau, saya tak risau, saya memang baik,” menyebabkan ruangan komen juga dihujani dengan ungkapan tersebut.

Mana tidaknya, comel sungguhlah Jebat Jayden ini. Untuk info, anak saudara kepada usahawan dan selebriti terkenal Neelofa ini dilahirkan pada tahun 2018 dan kini telah berusia 3 tahun.

“Saya memang baik…”

Jebat

“Comel”

IMG_20220223_085206

“Arghhh cumel”

IMG_20220223_085228

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press

Sumber : HCL

Leave a Reply

Your email address will not be published.