“Keluarga di Kelantan pun tiada gambar Bilal” -Ini Respon Ibu Neelofa Selepas Ramai Tak Sabar Melihat Wajah Bilal

Kuala Lumpur: Ibu kepada selebriti popular Neelofa, Datin Noor Kartini Noor Mohamed menyerahkan keputusan kepada Neelofa untuk berkongsi gambar cucunya, Muhammad Bilal kepada umum.

Kartini berkata, sehingga kini dia tidak pernah bertanya kepada anaknya kerana ingin menghormati privasi dan pilihan Neelofa.

“Saya tak pernah sebab keluarga terdekat di Kelantan pun tiada gambar Bilal. Mereka minta pun kami tak bagi. Jika diikutkan setiap hari dia akan mengirimkan gambar Bilal walaupun setiap hari berjumpa mereka. Namun, saya tidak akan ambil gambar atau tanya bila dia mahu kongsi.

“Biarlah dia sendiri yang buat keputusan. Kita hormat pilihannya. Saya pun kalau ikutkan banyak benda nak tanya tapi tidak diluahkan sebab ini adalah kehidupan dia. Saya percaya sekarang ini pun sudah ramai yang bertanya bila dia mahu dedahkan wajah Bilal, jadi sebagai ibu saya kurangkan pertanyaan itu,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Disney x Naelofar The Little Mermaid, di sini, hari ini.

Menurut Kartini, Neelofa tidak berdepan sebarang masalah besar ketika menjaga Bilal.

“Selepas berpantang di hospital dan di rumah saya selama seminggu, Neelofa kini memilih untuk berpantang di rumahnya sendiri kerana lebih memberi keselesaan.

“Namun, setiap hari saya akan luangkan waktu di rumahnya selama beberapa jam. Walaupun dia sudah ada pengalaman menjaga anak saudaranya sebelum ini, tapi menjaga anak sendiri sangat berbeza. Jadi sebagai ibu saya cuba ingatkan mana yang patut. Neelofa seorang yang cepat belajar dan tiada masalah untuk menyesuaikan diri bergelar isteri dan ibu.

“Alhamdulillah Bilal pun mudah sangat untuk dijaga dan tak banyak meragam. Bagi saya yang memiliki anak yang ramai dan melihat keadaan Bilal, saya rasa semua dia mudah untuk diuruskan.” katanya.

Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga pada 27 Mac tahun lalu dan mereka selamat menimang cahaya mata pertama 29 Januari lalu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press

Sumber : hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published.