Masalah cinta? Influencer Ayu Aulia tulis nama Zikri Daulay pada nota sebelum cuba bvnuh diri

NAMA influencer terkenal Indonesia, hangat diperkatakan dalam kalangan peminat apabila dikejarkan ke sebuah pusat perubatan kerana didakwa cuba membvnuh diri.

Tindakan Ayu itu turut dikaitkan dengan pelakon yang popular menerusi drama Dear Nathan The Series iaitu Zikri Daulay.

Kedua-dua mereka dikatakan mempunyai hubungan rapat dan sering berkongsi gambar serta komen di media sosial.

Menurut laporan KapanLagi, Ayu sempat menulis sekeping nota tercatat nama Zikri di dalamnya.

“Tiada lelaki yang boleh menerima kekuranganku. Zikri pun tidak mahu meneruskan kerjaya dengan saya,” tulis Ayu.

Beberapa jam sebelum dibawa ke pusat perubatan Ayu berkongsi satu hantaran di Instagram miliknya dengan menulis ‘D3presi’.

Bagaimanapun keadaan Ayu kini kembali stabil seperti yang dikongsi oleh seorang rakanya bernama Fami Aditian.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by fahmiaditian (@fahmiaditian)

Ayu turut menjelaskan masalah yang dialaminya bukan berkaitan cinta.

“Bukan kerana cinta, hanya Fahmi yang tahu,” ucap Ayu pada vidoe yang dikongsi Fahmi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press

Sumber : mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *