Isteri Teman Suami Kahwin Lain, Siap ‘Request’ Suruh Pakai Baju Sama Warna – ‘Doakan Saya Diberi Kekuatan’

Jika disebut mengenai topik poligami tak semua isteri ‘sudi’ berkongsi kasih dan berkorban demi kebahagiaan suami tersayang.

Walaupun pahit untuk ditelan, kehidupan masih perlu diteruskan seperti biasa dan si suami perlu berlaku adil mengikut saranan yang telah ditetapkan oleh agama bagi mengekalkan keharmonian kedua-dua pihak.

Seperti video yang meraih lebih 1 juta tontonan di laman TikTok, dikongsi wanita dikenali sebagai Fiena Nasir menceritakan dia menemani hari ‘bahagia’ suaminya. Ujar pemilik video ini, suaminya ketika itu sama sekali tidak bersanding dan majlis tersebut diadakan serentak bersama kakak kepada pihak pengantin perempuan.

Majlis kahwin saudara tidak.

Majlis kahwin suami ya.

Dakwa wanita cekal ini lagi, suaminya meminta dia datang ke majlis tersebut memakai baju sedondon bersamanya dan menerusi video pendek yang dikongsi dapat dilihat mereka sedang berjalan serta mengambil gambar bersama.

Video:

@fiena_nasir

Doakan semoga diberikan kekuatan…😊

♬ Aku Tahu – UNGU

@fiena_nasir

Bukan prank. tak de masa Nak prank2..

♬ CINTA BAWA DUKA WILFEXBOR – 🌀WILFEXBOR🌀

Bercerita lebih lanjut, wanita ini menyangkal d4kwaan netizen yang menyatakan video tersebut dibuat semata-mata demi content dan menjelaskan dia akur dengan ujian yang diberikan oleh Allah S.W.T walaupun berat untuk diterima.

Perasaan masa ini, tak sangka? Tak tahu nak ungkap macam mana. Saya tak kuat ada masa down, ada masa saya ok. Saya ikut je rentak dan jalan Allah beri.

Ini ujian untuk saya, saya sedang cuba menerima, bukan mudah. Doakan semoga diberikan kekuatan. Terima kasih yang beri kata semangat ini bahagian yang Allah uji.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan ‘kekuatan’ wanita ini dan turut menitipkan doa serta kata-kata semangat kepada dia supaya terus cekal mendepani hari-hari mendatang.

Komen Netizen:

Sumber: Fiena Nasir

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press

Sumber : obulan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *