10 Selebriti Malaysia Ini Sebenarnya Merupakan Adik-Beradik

Industri seni di Malaysia kini dibarisi dengan bakat baru yang pastinya memberi lebih ‘warna’, sekali gus memeriahkan dunia hiburan tempatan, baik pelakon, penyanyi dan pengacara.

Bahkan, ada juga diantara mereka yang terdiri daripada adik-beradik. Kata orang, mereka masing-masing terlibat dalam senu secara serius dan mengecap populariti atas usaha sendiri.

1. Emma Maembong & Chacha Maembong

Nama yang menghiasi drama dan kaca tv dengan lakonan yang berkesan.

2. Uqasha Senrose, Nelydia Senrose & Raysha Rizrose

Walaupun Raysha merupakan adik tiri kepada Uqasha & Nelydia namun keakraban mereka memang ngam.

3. Elfira Loy, Esliza Loy & Ezzrin Loy

Adik-beradik ini ternyata kian terkenal di industri hiburan tempatan. Elfira Loy yang ternyata punya bakat dalam bidang lakonan turut diikuti dengan adiknya yang lain iaitu Ahmad Ezzrin Loy dan Ezlisa Loy. Secara keseluruhannya, Elfira mempunyai lima orang adik-beradik termasuklah Ahmad Ezzraa Loy dan Ahmad Evvraa Loy.

4. Sharifah Haslinda, Sharifah Sakinah & Sharifah Shahirah

Sharifah Haslinda antara pelakon sekitar 90-an yang cukup terkenal dan diikuti Sharifah Shahirah dan Sharifah Sakinah yang kini terkenal menerusi drama Girlfriend Aku Dari Neraka.

5. Farid Kamil & Fadzil Zahari

Suami kepada pelakon Diana Danielle & Suami kepada pelakon Yana Samsudin

6. Fasya Sandha & Elisya Sandha

Elisya Sandha kini kian menempa nama di persada hiburan tempatan menerusi lakonannya yang hebat. Seakannya dia mempunyai bakat yang sama dengan kakaknya, Fasya Sandha.

7. Dato Fazley & Raff Yaakob

Raff atau nama penuhnya Raden Ahmad Faizal merupakan suami kepada bekas dewi remaja Mawar rashid dan abangnya Dato Fazley terkenal dengan Masterchef.

8. Pierre Andre & Mikael Andre

9. Syatilla Melvin, Syafiqa, Syifa

Syatilla Anak kedua dari lima beradik merupakan bekas Dewi Remaja dan isteri kepada pelakon Shaheizy Sam. Kakak sulungnya ialah Syafiqa merupakan pemenang tempat kedua rancangan Gadis Melayu. Mereka turut melancarkan produk kecantikan jenama Kekasih.

10. Aliff Aziz & Aisyah Aziz

Aisyah Aziz seorang penyanyi popular di Singapura pernah menyertai program Realiti TV Akademi Fantasia 2013, manakala abangnya seorang penyanyi yang popular dengan lagu Sayang-Sayang serta suami kepada Bella Astillah.

  

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press

Leave a Reply

Your email address will not be published.