Tak sanggup tengok bayi pram4tang diberi CPR, dada si kecil ditekan-tekan…Akhirnya ibu ini izinkan doktor cabut oksigen

SEHARI selepas dilahirkan, anak syurga bernama Muhammad Al Ayyash Mohamad Ariff meningg4l dunia kerana ‘Potter Syndrome’ dan ‘hypoplastic lungs’.

Cerita Nurul Aina Rusli, 27, dia dan suami terpaksa membuat keputusan untuk melepaskan cahaya mata mereka kerana tidak sanggup melihat bayi yang dilahirkan pada usia kandungan 29 minggu itu terus menderit4.

“Doktor beritahu baby memang tak boleh survive dan mereka nak kata putus daripada kami.

“Sama ada nak baby pergi dengan tenang atau keep on CPR. Saya tak sanggup tengok dia kena CPR. Badan dia kecil dan bila dia kena tekan-tekan saya memang tak sanggup nak tengok.

“Masa tu saya dah decide cakap dengan suami supaya akan biarkan dia pergi dengan tenang,” katanya kepada mStar.

Video

Untuk rekod ‘Potter Syndrome’ dan ‘hypoplastic lungs’ merupakan masalah kec4catan genetik pada bayi dalam kandungan dan ianya menyebabkan kekurangan tisu paru-paru.

Muhammad Al Ayyash dil4hirkan pada 16 Disember 2021.

Pada usia kandungan 21 minggu, doktor memaklumkan air ketub4n dalam rahim Nurul Aina mengering dan ia berb4haya kepada bayi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press

Sumber : mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published.