Hana Arisha sudah pandai bercakap, dia akan cakap “mama, nak tidur…penat”

Kuala Lumpur: “Saya rasa sangat sedih. Sebab saya yang mengandungkannya. Dia dari bayi sudah ada sakit itu, tetapi sebagai saya hanya dapat tahu waktu umurnya 11 bulan.”

Itu luahan sayu seorang ibu, Nur Fatin Nadhirah Ismail, 27, mengenai anaknya, Hana Arisha Ahmad Hazim kini berusia dua tahun lima bulan yang menghidap jantung berlubang sejak lahir.

Nur Fatin berkata, dia terlalu sedih memikirkan penderitaan dialami anaknya itu selama ini yang tidak disedarinya.

“Saya rasa sedih kerana lambat mengetahui dia mempunyai penyakit jantung berlubang. Sebab pakar jantung cakap, dia alami sakit itu sejak lahir.

“Ketika itu saya dan suami (Ahmad Hazim Ahmad Nizam, 27) menghantar Hana Arisha ke hospital kerana seharian dia tidak boleh makan dan minum. Hanya muntah berterusan, tidak aktif dan lebih banyak tidur menyebabkan dia lembik,” katanya.

Menurutnya, doktor yang memeriksa Hana Arisha pada waktu itu memberitahu ia adalah kesan daripada jantung berlubang sejak dilahirkan.

Katanya, dia rasa sangat sedih melihat Hana Arisha yang sangat tercungap-cungap dan terlalu sukar bernafas.

“Hana Arisha anak sulung, jadi saya tidak ada apa-apa pengalaman jaga bayi. Apabila doktor beritahu Hana Arisha kena jalani pembedahan, saya memang sudah reda. Saya harapkan yang terbaik untuk dia.

“Sebab setiap kali lihat dia dari awal lahir sehingga sekarang, dia memang susah sangat nak minum susu. Doktor pun cakap disebabkan sakit Hana Arisha itu, akan ada kesan kurang selera makan minum.

“Sekarang Hana Arisha sudah pandai bercakap. Jadi apabila dia sakit dia akan cakap ‘Mama nak tidur…penat’.

“Jika dia mengadu sebegitu, jelas dilihat pergerakan dadanya akan turun naik laju seolah-olah sangat sukar bernafas. Ia sangat menyedihkan saya melihat keadaan itu,” katanya yang bekerja sebagai eksekutif pengurusan kredit.

Hana Arisha memerlukan RM50,000 untuk menampung pembedahan penyakit jantung berlubang di Sunway Medical Centre.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan dalam bentuk wang tunai atau cek dengan menulis nama pesakit di belakang cek kepada Tabung Kemanusiaan MEDIA PRIMA-NSTP.

Sumbangan boleh dialamatkan kepada Jabatan Komunikasi Korporat Kumpulan Media Prima Berhad, Tingkat Empat, Anjung Riong, Balai Berita, 31 Jalan Riong, 59100 Bangsar, Kuala Lumpur.

Sumbangan boleh disalurkan menerusi akaun bank Tabung Kemanusiaan MEDIA PRIMA-NSTP (MAYBANK – 5141-0532-3170)

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press

Sumber : hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published.