
Sebelum ini kecoh bila Neelofa mengumumkan pihaknya berbesar hati nak memberikan Susu berperisa Durian secara percuma kepada pengunjung yang hadir ke gudang mereka di Meru Klang.
Namun sekarang lain pula jadinya apabila pihaknya terpaksa menuna pengambilan produk tersebut atas sebab yang tak dapat dielakkan.
Foto: IG
“Dengan rasa rendah diri, kami dari pihak Nilofa ingin memohon maaf atas penangguhan pengambilan Susu Durian Percuma kerana beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan seperti keadaan lalu lintas yang tidak terkawal, ujar kenyataan Nilofagroup dalam satu kenyataan di Instagram.
Bukan itu sahaja, mereka juga sedang berusaha memperkasakan lagi prosedur operasi standard (SOP) mereka.
View this post on Instagram
Tarikh dan lokasi baru untuk pengambilan susu akan diumumkan dalam waktu yang terdekat
Di ruangan komen ramai yang kecewa masih belum dapat merasa lagi susu Neelofa. Ada yang sedang dalam perjalanan ke sana katanya ketika pengumuman penangguhan dikeluarkan.
Tak mengapalah abe kakok cari susu lain dulu deh.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook
Sumber : CARI