Ramai m4rah ibu Tangmo Nida sanggup maafkan 2 svspek selepas terima RM3.8 juta!

MULA-MULA simpati, kini ramai netizen m4rah dengan tindakan ibu aktres Tangmo Nida, Panida Siriyudthayothin yang memaafkan dua suspek kem4tian anaknya selepas memberi wang pampasan berjumlah RM3.8 juta.

Keputusan Panida memaafkan dua svspek iaitu pemandu bot laju Phaiboon Roberts serta Danupat ‘Por’Lerttaweewit (pemilik pengusahaan bot laju) mengejutkan ramai pihak.

Menurut Panida ketika muncul dalam temu bual di Channel 3 pada Jumaat, dia menerima permohonan maaf selepas dua individu itu kerap menghubunginya dan mengaku kes4l dengan apa yang berlaku.

“Por seorang lelaki yang sopan. Dia sentiasa menghubungi saya, men4ngis setiap hari, dan saya akan menerima pampasan atas pemergian mendiang.

Nida 2

Ibu Tangmo Nida pada mulanya sukar memaafkan lima individu terlibat dalam kem4tian anaknya.

“Dia memberitahu saya untuk mengira pendapatan Tangmo Jika Tangmo menerima tawaran berlakon dengan harga 800,000 hingga 1 juta baht setiap siri,

“Jika dia masih hidup selama 30 tahun lagi, dia mungkin akan mendapat lebih daripada jumlah itu,” kata Panida menerusi laporan Coconuts.co

Sebelum ini, Panida tidak memaafkan semua yang terlibat malah dia juga tidak percaya punca kem4tian anaknya berlaku kerana kemalangan.

Akibat kecuaian pemandu bot bernama Phaiboon Roberts, Tangmo Nida dipercayai tergelincir masuk ke dalam sungai dan hanya ditemui selepas 36 jam pencarian.

Mengikut saksi iaitu nelayan yang berdekatan kawasan kejadian, mereka melihat sendiri bagaimana bot laju itu berpusing dengan sangat laju dan tidak terkawal.

Rakan baik Tangmo dedah pengurus menipv

Dalam pada itu, seorang rakan baik Tangmo Nida iaitu Surattanawee ‘Bow TK’ Suviporn tampil membidas kenyataan pengurus mendiang, Idsarin ‘Gatick’ Juthasuksawat atau Kratik.

Surattanawee yang merupakan saksi baharu itu menvduh Kratik memutarbelitkan cerita berhubung kem4tian Tangmo.

Nida 1

Rakan baik tampil membidas kenyataan pengurus Tangmo Nida.

Kratik ialah pengurus Tangmo dan merupakan salah seorang daripada lima rakan di dalam bot laju ketika mendiang terj4tuh dan hilang di dalam Sungai Chao Phraya.

Surattanawee kemudian bercakap kepada pemberita mengenai pertemuannya dengan Kratik di Kelab Bot NBC iaitu lokasi di mana bot laju itu disimpan di daerah Muang, wilayah Nonthaburi, seperti yang dilihat pada rakaman kamera keselamatan pada 24 Februari lalu.

Bekas penyanyi kumpulan pop Triumphs Kingdom berkata, dia baru tampil memberi kenyataan kerana ingin menunggu Kratik membuat kenyataan terlebih dahulu.

Dia mend4kwa apa yang dikatakan pengurus Tangmo itu tidak sepadan dengan apa yang telah diperkatakan kepadanya malah yakin fakta-fakta yang menyelubungi tragedi itu telah diputarbelitkan.

Menurutnya, dia menemani Kratik ke balai polis untuk memberikan kenyataan sebelum memandu pengurus wanita itu ke rumahnya.

“Saya berada di dalam kereta bersama Kratik selama kira-kira satu jam. Saya bagaimanapun tidak akan mendedahkan butiran perbualan kami,” katanya seperti dipetik Bangkok Post.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press

Sumber : mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published.