“Sorok Isteri!” -Akhirnya Peminat Dapat Juga Lihat Isteri Dato Rosyam Nor

Mungkin tak ramai yang pernah melihat wajah terkini isteri Rosyam Nor, individu paling penting yang banyak menyokong kerjaya Rosyam sebagai selebriti sehingga mencapai kemuncak populariti.

Orangnya bukan sahaja cantik dan jelita malah sentiasa menjaga penampilan diri. Jom layan 3 keping gambar terkini isteri Rosyam Nor yang semakin cun melecun.

Wajah sebenar isteri Rosyam Nor yang cantik menawan

Digelar sebagai Tailong dalam filem KL G4ngster 2, populariti Rosyam sudah pastinya kembali melonjak naik selepas dua tahun menyepi dari menerima sebarang tawaran berlakon filem. Kini kehidupan peribadi penerbit itu turut sama kembali menjadi perhatian blog-blog hiburan serta para penulis cerita sensasi.

Antara perkara yang paling dicari orang ramai berkaitan diri Rosyam Nor ialah gambar-gambar isterinya yang dikatakan amat cantik, sopan dan masih muda. Cuba korang tengok dua keping gambar isteri Rosyam di bawah, cantik tak? Bagi kami, isteri penerbit Program Pilih Kasih itu memang sangat cantik.

Baru-baru ini, anak Rosyam Nor, Anis telah berkongsi beberapa keping gambar yang memaparkan sambutan hari lahir buat ibunya, Datin Runika yang lahir pada tarikh istimewa pada tahun lompat iaitu 29 Februari.

Manakala Dato’ Rosyam Nor pula lahir pada 1 Mac, selang sehari saja daripada isterinya itu.

Menurut perkongsian itu, Anis mengucapkan selamat ulang tahun buat mama kesayangannya dan turut meluahkan perasaaannya yang kini bergelar ibu.

Wajah manis Datin Runika ini mendapat pujian daripa rata-rata warganet. Ada yang memberikan komen mengatakan anak dan ibu itu kelihatan seperti adik-beradik.

Walaupun usia yang semakin meningkat, baik Rosyam atau suri hatinya itu tetap kelihatan awet muda dan tidak dimamah usia. Rosyam berkahwin dengan Datin Runika pada 1989 dan dikirniakan lima cahaya mata yang kesemuanya perempuan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press

Sumber : IG Nur Anis via Sweet Nuttela

Leave a Reply

Your email address will not be published.