
Pada jumaat lepas, pelakon lelaki Malaysia dan juga bekas bekas finalis Hero Remaja edisi 2017, Safwan Nazri selamat diijab kabul bersama wanita pilihannya dengan nama Instagram lynakhairul.
Ramai sedia maklum bahawa persahabatan Safwan Nazri dan Harris Annuar tidak dapat disangkal lagi. Di Instagram bilik Harris, dia berkongsikan pelbagai momen bersama Safwan sepanjang mereka bergelar sahabat.
Sebak Lihat Safwan Bergelar Pengantin
Harris turut sebak apabila melihat sahabat baiknya itu sudah bergelar suami orang. Dalam perkongsian di Instagram miliknya, kelihatan Harris memberikan ucapan dan matanya bergenang dengan air mata ketika memberi ucapan tersebut.
View this post on Instagram
Ramai netizen yang teruja dengan nilai persahabatan mereka berdua ini. Ada yang menyatakan bahawa ucapan yang diberikan oleh Harris adalah ucapan yang paling ikhlas dari seorang sahabat. Dalam pada itu juga, netizen juga turut mendoakan supaya Harris juga cepat dipertemukan jodoh.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press
Sumber : muraimy