“Tiada lagi penyeri jalanan..” -20 ekor kucing ditemui m4ti di Pantai Keluang, disyaki perbuatan khi4nat..

BESUT – Seorang pekerja syarikat penapisan air seb4k bercampur m4rah menyaksikan hampir 20 ekor kucing m4ti disyaki dir4cun di Pantai Keluang di sini hari ini.

Roshanafi Osman, 38, berkata, dia ternampak kesemua kucing terbabit m4ti bergelimpangan di kawasan pantai itu pada pukul 9.30 pagi.

Sebelum itu, dia yang menetap di Alor Lintang berhampiran bersama isteri bersiar-siar di pesisir pantai itu selepas selesai sarapan di sebuah gerai berhampiran.

“Kami terkejut melihat kucing-kucing itu termasuk tujuh ekor yang masih kecil m4ti bergelimpangan di pantai tersebut.

“Saya yang sed1h telah mengutip semua bangkai kucing terbabit dengan bantuan isteri dan beberapa rakan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Roshanafi berkata, sebahagian kucing m4ti itu merupakan haiwan jalanan yang menjadi penyeri pantai berkenaan sekian lama.

Tambahnya, walaupun tidak mengesan sebarang bekas r4cun di lokasi itu, dia tetap mengesyaki kem4tian 20 ekor kucing ini disebabkan perbuatan khian4t.

“Salah seorang rakan saya yang sering memberi makan kucing-kucing itu memberitahu sebelum ini kesemua dalam keadaan sihat,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published.