Janna Nick Tayang Skirt Singkat Dedah Bahagian Paha, Sekali Netizen Komen Paha Macam Lelaki

Bulan lalu, pelakon dan penyanyi Janna Nick berkongsi sekeping gambar dirinya dalam pakaian jaket sejuk berwarna kuning dipadankan dengan skirt pendek jingga serta bag tangan dan but paras lutut berwarna putih melengkapi penampilannya. 

Dengan gaya pemakaian yang sama, Janna memuat naik video di TikTok memaparkan dirinya berjalan menuju ke arah kamera dengan latar muzik lagu baharunya berjudul Gatal.

@jannanickofficial Try harder. I’m worth it . #fyp #foryoupage #gatal #JANNAGATAL #newchallenge ♬ Gatal – Janna Nick

Kali ini, muat naik berkenaan seolah-olah membuka peluang kepada pengguna TikTok untuk memperkatakan mengenai pahanya yang terdedah.

Kebanyakan komen sama ada daripada perempuan mahu pun lelaki, hampir kesemuanya mengaitkan dengan saiz atau berat badan.

Bagaimanapun, ada juga segelintir yang mendoakan agar suatu hari nanti Janna akan berubah ke arah yang lebih baik terutama bab menutup aurat.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

Komen Netizen

Netizen turut membangkitkan kembali kenyataan Janna pada 2017 yang enggan memakai skirt pendek atau gaun seksi kerana tidak sesuai dengan imejnya.

Perkara itu menyebabkan timbulnya salah faham di antara Janna dan pereka fesyen yang bertanggungjawab menyediakan pakaian untuk sesi fotografi yang dihadirinya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : CARI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *