Isteri tidak berdaya makan, mandi mahupun bergerak sendiri, suami tetap setia jaga isteri

Tangkak: Sudah lebih tiga tahun Fauziah Tajudin terlantar selepas menjalani pembed4han akibat sakit tumor otak, namun dia tidak berseorangan menanggung ujian itu kerana suami, Kamaruddin Ahmad masih setia di sisinya sehingga kini.

Kamaruddin, 47, juga sanggup berhenti kerja sebagai pemandu lori tiga tahun lalu demi menjaga dan menguruskan Fauziah, 46, yang sudah tidak berdaya makan, mandi mahupun bergerak sendiri.

Bercerita lanjut, Kamaruddin yang juga bapa tiga anak itu berkata, Fauziah dulunya suri rumah dan sihat tubuh badan namun segala-galanya berubah selepas disahkan doktor menghidap tum0r otak pada April 2016.

“Pada 1 April 2016, mulutnya (isteri) senget dan saya kemudian membawanya ke klinik untuk pemeriksaan.

“Doktor memaklumkan isteri kemungkinan ada tumor otak dan dirujuk ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF), Muar untuk pengesahan lanjut.

“Doktor di hospital mengesahkannya kemudian pihak hospital beri pilihan untuk saya rujuk isteri ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru atau Hospital Kuala Lumpur (HKL) namun saya pilih ke Kuala Lumpur,” katanya ketika dihubungi Harian Metro

Menurut Kamaruddin, peny4kit isterinya kini berada tahap empat dan sudah tiga kali Fauziah menjalani pembed4han membuang ketvmbuhan.

“Kali pertama pada 3 Jun 2016 kemudian 9 Disember 2017 dan yang terakhir 28 Februari 2019.

“Awalnya isteri masih boleh berjalan cuma tidak kuat namun kesihatannya semakin merosot hingga terlantar selepas pembed4han kali ketiga.

“Keadaannya membuatkan saya nekad ambil keputusan berhenti kerja untuk menjaganya. Memang berat untuk buat keputusan itu namun saya lakukan demi isteri,” katanya.

Kamaruddin berkata, buat masa ini, dia bergantung sepenuhnya dengan bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Baitulmal yang diterima sejak 2017.

“Saya terima bantuan sebanyak RM800 sebulan, RM500 disalurkan JKM manakala RM300 lagi daripada Baitulmal.

“Ikutkan memang tidak cukup malah pernah kami sekeluarga pernah ikat perut ketika isteri mula jatuh s4kit dulu namun cuba biasakan diri hidup sederhana dengan makan apa yang ada saja.

“Ini kerana saya masih perlu menanggung anak bongsu yang masih bersekolah di tingkatan dua manakala anak sulung sudah berkahwin dan ikut suaminya ke Sabah dan anak kedua sudah berdikari dengan ambil upah sebagai buruh binaan,” katanya.

Kamaruddin berkata, dia tiada masalah melakukan kerja rumah kerana sudah terbiasa dengan rutin itu sebelum isterinya terlantar lagi.

Bagaimanapun, dia akui berdepan kesukaran menguruskan isteri pada peringkat awal hingga ada ketika ia menguji emosi serta tahap kesabarannya.

“Rutin harian saya bermula selepas solat subuh dengan memberi isteri minum susu pada jam 6 pagi dan perlu ulangi rutin sama setiap 3 jam sekali.

“Jam 3 petang pula, saya beri isteri makan bubur dan begitulah rutin setiap hari selain membawanya ke tandas untuk mandi serta buang najis.

“Jujurnya memang menguji kesabaran terutama ketika mula-mula dulu kerana pernah beberapa kali isteri buang najis pada badan saya ketika mengangkatnya ke tandas namun kini sudah lali dengan semua itu,” katanya.

Kamaruddin mengakui ada yang mencadangkannya untuk berkahwin lagi namun tidak pernah terlintas di fikirannya untuk berbuat demikian.

“Tumpuan saya kini hanya pada isteri dan anak jadi tidak pernah rancang untuk berkahwin lagi jauh sekali meninggalkan isteri.

“Jika ada sedikit waktu terluang pun, saya akan main permainan video supaya tidak fikirkan hal selain keluarga.

“Lagipun, isteri perlukan perhatian saya kerana dia juga bergantung dengan ubat darah tinggi dan sawan,” katanya yang turut mendapat bantuan anak bongsunya, Mohd Minzan Shah, 14, untuk menjaga isteri.

Orang ramai yang berhasrat membantu boleh menghubungi Kamaruddin di talian 019-6364188.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press

Sumber : hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published.