“Rasa Malu Pula Bila Dah Lama Tak Bergambar Macam Ni,” – Fazura

Nama pasangan selebriti Nur Fazura dan Fattah Amin tidak perlu diperkenalkan lagi kerana mereka cukup disayangi dan dipandang tinggi oleh peminat mereka. Untuk pengetahuan semua, pasangan ini telah dikurniakan cahaya mata pertama iaitu Nur Fatima Aisya pada 2 Oktober tahun lalu. 

Pasangan ini telah bertemu jodoh ketika mereka bergandingan di dalam drama Hero Seorang Cinderella. Ketika itu, ramai peminat dan netizen menyokong hubungan mereka sehingga ada yang membuat hashtag #fattzura.

Fazura dan Fattah mendirikan rumahtangga pada 27 November 2017. 

Oleh kerana pasangan ini dikenali ramai, setiap perkongsian yang dimuat naik di laman sosial mereka akan menjadi tumpuan peminat dan netizen. Kemesraan Fazura dan Fattah membuatkan ramai peminat senang hati dengan mereka. 

Sejak mempunyai anak, kehidupan Fazura dan Fattah telah berubah 360 darjah. Mereka berdua banyak fokus kepada anak mereka. 

Baru-baru ini, Fazura telah memuatnaik beberapa keping foto bersama suaminya. Fazura juga sempat bergurau di kapsyen yang tertulis, 

“Lama tak ambik gambar berdua macam ni, rasa malu-malu la pulak”

Sudah menjadi lumrah buat semua ibu bapa, bukan senang mahu menguruskan anak-anak. Kadang-kala tidak sempat mahu meluangkan masa bersama pasangan sendiri. 

Sehingga kini posting tersebut telah mendapat sebanyak 100 ribu likes. 

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata rakan artis sempat mengusik pasangan ini. Ada juga netizen yang mengatakan mereka nampak ‘baby bump’ dan mendoakan semoga Fatima mendapat adik tidak lama lagi. 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : CARI

Leave a Reply

Your email address will not be published.