“Bukan tertunggak, tapi terlebih bayar!” -Stesen TV nafi hutang Azwan Ali, kerja 6 minggu dibayar 10 minggu

KONTROVERSI melibatkan pengguguran Azwan Ali dari program realiti Mic On! nampaknya semakin panas apabila pihak AwesomeTV menafikan dakwaan belum menjelaskan baki bayaran kepada pengaraca sensasi itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Awesome TV, Datuk Adam Ilyas berkata, pihak mereka sudah membuat bayaran penuh untuk 10 minggu kepada Azwan Ali pada hari yang sama dia dihentikan tugas sebagai pengacara program berkenaan.

Bayaran penuh tetap diberikan biarpun Azwan atau lebih dikenali sebagai Diva AA hanya melunaskan komitmennya dalam tempoh enam minggu.

Azwan 1Adam Ilyas (dua dari kiri) ketika sidang media MO pada Januari lalu.

“Seperti yang ditegaskan sebelum ini, pihak Awesome TV tidak akan bertolak ansur sekiranya terdapat mana-mana pihak yang melanggar etika kerja terutamanya yang melibatkan program-program terbitan kami.

“Kerana mereka seharusnya memahami amanah dan tanggungjawab yang datang bersama dengan lantikan mereka.

“Merujuk kepada isu Azwan Ali yang menuntut baki bayaran untuk program MIC ON!, pihak kami memandang serius akan pertuduhan tersebut.

 

Surat pemberitahuan rasmi mengenai penamatan khidmat dia juga telah dikeluarkan pada hari yang sama.

DATUK ADAM ILYAS

KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF AWESOME TV

“Ini kerana pembayaran penuh untuk 10 minggu telah pun dibuat pada hari yang sama dia digugurkan iaitu pada Selasa, 8 Mac 2022 walaupun dia cuma melunaskan komitmen sebagai hos untuk tempoh enam minggu sahaja,” katanya.

Menerusi temubual bersama mStar, Azwan menuntut jumlah baki bayaran tertunggak seperti yang dijanjikan selain meminta pihak produksi untuk berhenti mengeluarkan kenyataan memburukan namanya.

Azwan turut mendedahkan dia tidak menerima sebarang surat rasmi dan kesal dengan tindakan stesen berkenaan yang mengeluarkan kenyataan rasmi tanpa memaklumkan kepadanya terlebih dahulu.

Azwan 3Issey sepatutnya bergandingan dengan Azwan dalam Mic On!.

Dalam pada itu, pihak Awesome TV turut menjelaskan bahawa surat pemberitahuan rasmi penamatan khidmat Azwan telah dikeluarkan pada Selasa lalu.

“Surat pemberitahuan rasmi mengenai penamatan khidmat dia juga telah dikeluarkan pada hari yang sama. Kami beranggapan isu bayaran untuk program MIC ON! sudahpun selesai dan tidak mahu memanjangkan lagi hal ini.

“Fokus utama kami sekarang adalah untuk menghabiskan program MIC ON! yang masih berbaki empat minggu lagi,” katanya lagi.

Pada Selasa, Azwan dihentikan tugas serta-merta selepas didakwa buat hal ketika mengendali program realiti tersebut.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press

Sumber : mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published.