Tinggal Sebumbung Tapi Tidak Bersama, Ika Nabella Tertek4n Anak Ketuk Bilik Pukul 6 Pagi

Empat hari dijangkiti v1rus Cov1d-19, pelakon Ika Nabella memberitahu emosinya terganggu sepanjang tempoh kuarantin.

Menurut Ika, apa yang membuatkan dia sedih ialah terpaksa berjauhan dengan anaknya yang baharu berusia dua tahun.

Foto: IG

“Saya tidak mengalami simptom yang teruk. Sakit tekak, sakit-sakit badan, itu semua masih boleh tahan lagi.

“Apa yang mengganggu emosi adalah tidak dapat dekat dengan anak. Itu yang membuatkan saya rasa amat sedih.

“Anak saya baru berusia dua tahun. Susah untuk buat dia faham tentang Cov1d-19 ini,” katanya ketika dihubungi mStar.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by BF EXPERT – CERTIFIED (@ikanabella)

Bercerita lanjut, Ika atau nama sebenarnya Ika Nabila Abdul Rahim, berkata, dia tidak dapat menahan sed1h apabila anaknya itu terjaga daripada tidur pada pukul 6 pagi dan mengetuk pintu biliknya.

Ika turut memberitahu dia tidak pernah berjauhan dengan anaknya sejak lahir dan inilah tempoh paling lama tidak dapat bersama anak.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by BREASTFEEDING & MOTHERHOOD (@innateofficialhq)

“Bayangkan betapa sedihnya apabila anak saya ketuk pintu pukul 6 pagi dan nak berjumpa saya.

“Selama ini saya tidak pernah berjauhan lama dengan anak. Jika ada penggambaran pun saya cuba ambil tawaran kerja yang tidak terlalu lama.

“Kali ini walaupun berada dalam satu rumah, tetapi kami terpaksa berjauhan.

“Tempoh kuarantin ini adalah ujian Allah buat saya untuk menjadi seorang ibu yang lebih kuat,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by BF EXPERT – CERTIFIED (@ikanabella)

Bagaimanapun Ika bersyukur kerana suami memberi semangat dan sentiasa memberikan kata-kata positif.

“Suami saya kata anggaplah ini sebagai me-time dan suruh saya berehat. Dia juga yang cadangkan filem-filem menarik untuk saya tonton sepanjang kuarantin.

“Saya cuba gembirakan diri sendiri untuk alihkan perhatian seketika dari terus risaukan tentang anak,” ujarnya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by BF EXPERT – CERTIFIED (@ikanabella)

Untuk rekod Ika mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Zaid Azman pada Julai 2016 dan mereka mempunyai seorang anak bernama Muhammad Noah Zayn yang kini berusia 2 tahun.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : CARI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *