“Belum Kena Kec4m” -Drama Baru Ditayangkan, Ezzanie Jasny Menunggu Komen-Komen Untuk Episod Seterusnya

MULA terbabit dengan lakonan pada 2019 menerusi drama Cinta Non Grata, arahan Feroz Kader untuk slot Lestary TV3 sebagai pelakon tambahan, Ezzanie Jasny, 23, memutuskan tidak mahu mengambil tawaran berlakon selepas itu.

Ini kerana dia tidak mampu membahagikan masa antara lakonan dan pelajaran.

“Saya tak dapat nak fokus banyak kerja dalam satu masa walaupun dapat pelbagai tawaran lain. Ketika itu pun fokus utama saya juga hanya untuk peragaan.

“Selepas tamat belajar di KDU University College, barulah saya aktif semula dalam lakonan. Saya dapat tawaran untuk bawa watak pembantu untuk telefilem Hijrah Cinta untuk RTM dan drama bersiri untuk Primadona Makyung Bedah & Peristiwa Benak juga untuk RTM,” katanya.

Pelakon bernama sebenar Nur Ezzanie Sherazade Jasny yang juga ahli perniagaan ini tidak menunggu masa yang lama untuk kembali ke TV3 menerusi Kekasih Hati Mr Bodyguard yang disiarkan menerusi slot Lestary.

“Orang mula kenal saya dari cerita ini dan mungkin kerana itu mendorong penerbit untuk tawarkan watak heroin drama Sayang Tak Dikenang yang kini sedang ditayangkan di slot Akasia.

“Tak sangka bila dapat peranan besar untuk drama ini, saya kembali bekerja semula dengan abang Feroz Kader.

AKAN kekal dalam bidang peragaan biarpun kini bergelar pelakon.“Respon penonton terhadap lakonan saya alhamdulillah amat baik. Setakat ini tiada yang negatif lagi. Memandangkan drama yang turut menampilkan Fadlan Hazim dan Ruhainies ini baru ditayangkan, saya masih lagi menunggu komen-komen untuk episod seterusnya,” katanya.

Akuinya pembabitan menerusi drama ini turut menyaksikan pertambahan pengikutnya di Instagram.

“Interaksi antara saya dengan pengikut pun bagus. Mereka bukan nak tahu sangat pasal saya sebaliknya nak tahu berkenaan watak sebagai Hattin Isabella.

“Namun ada juga yang bertanya macam mana dari peragaan boleh terus masuk industri lakonan dan pelbagai soalan lain,” katanya.

Menurut Ezzanie, pembabitannya dalam peragaan menyaksikan dia banyak memperagakan produk jenama besar seperti Fashion Valet, Jakel, Uniqlo, Tudung People, Leeyanarahman dan Tudung Ruffle.EZZANIE bersama Fadlan dan Ruhainies.

Tidak ketinggalan iklan komersial yang pernah dijayakan antaranya ialah Agnesia dan Seng Heng.

“Saya gembira terbabit dengan kedua-dua bidang ini. Nak cakap secara kebetulan berlakon pun tak juga kerana saya memang dapat tawaran secara langsung.

“Bila dah lama dalam bidang peragaan yang mencecah lima tahun, saya sendiri ambil peluang untuk cuba berlakon. Memang mulanya saya nak cuba berlakon.

“Namun lama kelamaan macam suka dan rasa selesa. Saya nak menguji bakat sendiri walaupun tahu lakonan saya taklah sehebat mana nak dibandingkan dengan pelakon-pelakon baharu yang ada,” katanya yang tidak akan meninggalkan peragaan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press

Sumber : hmetro

Leave a Reply

Your email address will not be published.