Gadis paling pemalu tapi jadi orang terawal kahwin! Kawan puas hati dapat beri ‘hadiah nakaI’

DALAM setiap kumpulan sahabat pastinya perangai masing-masing berbeza.

Ada yang suka buat kecoh, perangai ‘gila-gila’ dan ada juga yang lebih suka mendiamkan diri dan tidak banyak bercakap.

“Betullah orang cakap biasa orang senyap dekat sekolah dia yang kahwin awal.”

Begitulah kapsyen pada satu rakaman video yang dimuatnaik oleh Nazurah Ahmad Suki, 22, apabila salah seorang rakannya yang selama ini dikenali dengan sikap pendiam tetapi menjadi orang paling awal berkahwin berbanding dirinya dan rakan lain.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Jelas gadis yang senang disapa Nazurah ini, dia dan lapan rakannya yang lain seperti tidak percaya apabila menerima jemputan undangan ke majlis pertunangan rakannya, Nurul Iffah Zaki, 22, pada Januari lalu.

“Bila saya dan kawan-kawan lain dapat jemputan dia akan bertunang pada 22 Januari 2022 memang terkejut gila. Rasa macam tak percaya pula dia yang bertunang dulu.

“Tiba-tiba lepas tu saya dapat jemputan melalui WhatsApp pula yang dia akan bernikah pada 24 Februari 2022 sebab pengantin cuma jemput orang-orang rapat saja.

“Lepas tahu dia nak kahwin tu kami buat grup WhatsApp lain sebab nak bincang hadiah untuk pengantin. Selain tu nak bincang perancangan nak pergi kenduri sebab kami semua duduk jauh. Kenduri Iffah ni dekat Kota Bharu, Kelantan,” jelas Nazurah yang berasal dari Besut, Terengganu.

Nazurah dan rakan lain menghadiahkan pregnancy test sebagai hadiah kahwin.

Imbas Nazurah, mereka semua sudah bersahabat sejak zaman sekolah rendah lagi.

Jelasnya, Iffah sememangnya seorang gadis yang pendiam dan pemalu.

“Iffah menang sangat senyap dan pemalu sejak sekolah rendah lagi kami kenal dia. Tapi tidaklah senyap sampai tak bercakap langsung tapi sangat berbeza dengan kami yang banyak bergurau ni.

“Yang lain termasuk saya, semua belum kahwin lagi. Iffah orang pertama yang rasmi kahwin antara semua. Hari Khamis minggu lepas kami pergi kenduri dia kahwin.

“Kami semua dulu masa zaman sekolah semua duduk dekat asrama. Dulu kami pernah juga bersembang masa kat hostel, Nak tengok siapa nikah paling awal nanti, selalunya yang senyap-senyap nikah dulu! Kau Iffah paling senyap! Tak sangka pula perkara tu jadi realiti,” seloroh Nazurah.

Bercerita lanjut mengenai hadiah yang diberikan oleh Nazurah dan teman lain semasa majlis kenduri pada 3 Mac 2022, ia merupakan rancangan secara spontan.

 

Tapi sebelum balik tu mestilah ada sesi air mata dan sesi memberi beberapa pesanan dekat pengantin bila dah jadi isteri orang.

NAZURAH

“Sebenarnya banyak hadiah yang kami bincang nak bagi. Macam kelengkapan rumah, penyapu dan tong gas tapi risau pula nanti tong tu meletup kalau lama-lama dalam kereta dengan perjalanan jauh. Kami cancel dan ganti dengan pregnancy test.

“Masa bagi hadiah tu kami dah nak balik. Lepas bagi kami rasa puas hati bila tengok reaksi muka Iffah yang terkejut dan malu. Suami Iffah pun terkejut juga bila tengok hadiah tu dan mungkin terkejut tengok perangai kawan-kawan Iffah yang tak behave.

“Tapi sebelum balik tu mestilah ada sesi air mata dan sesi memberi beberapa pesanan dekat pengantin bila dah jadi isteri orang. Selepas selesai kami gerak balik petang tu. Masa dalam kereta banyak throwback kisah-kisah masa berkawan dulu. Macam tak sangka kawan dah kahwin tapi itulah realiti,” jelas Nazurah.

Nazurah merupakan pelajar jurusan Ekonomi Rumah Tangga, Upsi, Tanjung Malim, Perak.

Bercerita lanjut mengenai video yang tular, netizen turut berkongsi pengalaman masing-masing di ruangan komen yang mana mereka juga memiliki kawan yang pendiam tetapi berkahwin awal.

Bagaimanapun, gadis yang sedang menuntut di Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) dalam jurusan Ekonomi Rumah Tangga ini turut menitipkan doa agar sahabatnya ini bahagia dan hubungan yang terbina berkekalan sehingga akhir hayat dengan pasangannya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Metro Press

Sumber : mStar

Leave a Reply

Your email address will not be published.